Siakap Keli
Temui 1kg Cacing Dari Usus Budak
Gambar : DailyExcelsior.com

“Kali Pertama Jumpa Dalam Kuantiti Besar,” Doktor Terkejut Temui 1kg Cacing Dalam Usus Budak

“Kali Pertama Jumpa Dalam Kuantiti Besar,” Doktor Terkejut Temui 1kg Cacing Dalam Usus Budak

INDIA – Doktor di Hospital Daerah (DH) Poonch dilaporkan telah berjaya mengeluarkan sekitar 1kg cacing Ascaris daripada usus seorang kanak-kanak berusia 6 tahun, lapor Daily Excelsior.

Dilaporkan kanak-kanak itu telah dibawa ke Hospital Daerah Poonch selepas mengadu tidak dapat membuang air besar, sakit perut, kembung perut dan muntah-muntah.

Pihak hospital kemudiannya melakukan ultrasound abdomen dan mendapati usus kecil mangsa tersumbat sepenuhnya.

Doktor seterusnya mencadangkan kanak-kanak tersebut menjalani pembedahan segera untuk membuka semula saluran itu.

Menurut laporan, pembedahan yang dijalankan oleh Pakar Perunding Bedah, DH Poonch Dr Manav Datta dengan bantuan Pakar Bius Dr Shafiq Choudhary dan Penolong OT Sanjeev Sharma mendapati, punca usus itu tersumbat adalah disebabkan kerana kehadiran cacing Ascaris.

Susulan daripada pembedahan yang berlangsung selama 1 jam itu, kira-kira 1 kg cacing Ascaris berjaya dikeluarkan dari usus kecil kanak-kanak tersebut dan kini masih berada dalam pemerhatian doktor.

Mengulas mengenai pembedahan itu, Dr Manav Datta berkata pembedahan sebegitu sering berlaku tetapi ia adalah kali pertama cacing Ascaris dalam kuantiti yang begitu besar pernah ditemui dari dalam usus pesakit di Hospital mereka.

Beliau berkata orang yang dijangkiti Ascaris selalunya tidak menunjukkan sebarang gejala. Sekiranya gejala berlaku, ia boleh menjadi ringan dan termasuk ketidakselesaan perut.

“Jangkitan berat boleh menyebabkan usus tersumbat dan menjejaskan tumbesaran kanak-kanak. Gejala lain seperti batuk adalah disebabkan oleh penghijrahan cacing melalui badan.”

“Dalam Ascariasis ringan atau sederhana, serangan usus boleh menyebabkan sakit perut yang samar-samar, loya dan muntah serta cirit-birit atau najis berdarah.”

“Jika anda mempunyai sejumlah besar cacing dalam usus, anda mungkin mengalami sakit perut, keletihan, muntah dan penurunan berat badan atau kekurangan zat makanan.”

“Selain itu dalam beberapa kes, cacing boleh menyekat saluran hati atau pankreas anda, menyebabkan sakit teruk.”

Beliau menyatakan bahawa pencegahan terbaik terhadap Ascariasis adalah kebersihan yang baik dan akal sihat.

Sumber : DailyExcelsior.com

Baca: Lubuk Rahsia Nak Makan Buffet & Spa 5 Bintang Dengan Harga Bajet Di Lembah Klang

Anis Annisa