Lelaki Sahut ‘Challenge’, Berjaya Habiskan Samosa Seberat 3Kg Dalam Masa 5 Minit
INDIA – Seorang lelaki yang juga merupakan ‘Youtuber’ berjaya menyahut cabaran untuk menghabiskan samosa seberat 3 kilogram dalam masa 5 minit untuk mendapatkan Rs 11,000 (RM576.77)
Cabaran makan seperti itu sering dilakukan oleh sesetengah pihak terutamanya ‘Youtuber’ untuk menerima hadiah yang menarik sekiranya dapat menyelesaikan misi tersebut.
Difahamkan, peraturan untuk memenangi cabaran itu ialah makan dalam jumlah yang banyak dan mengikut masa yang ditetapkan atau dalam masa yang singkat.
Menurut laporan, Rajnessh Gyani merupakan seorang Youtuber yang sering melakukan cabaran makan untuk memenangi wang di seluruh India.
Baru-baru ini dia telah memuat naik sebuah video menerusi akaun ‘Are You Hungry’ menunjukkan dia melakukan cabaran makan samosa seberat 3 kilogram, lapor India.com.

Samosa merupakan sejenis makanan jalanan India bergoreng yang diperbuat daripada pastri berbentuk segi tiga dan diisi dengan campuran daging dan sayur-sayuran.
Sebelum memulakan cabaran, pemilik restoran menjelaskan peraturan dan hadiah berupa Rs 11,000 (RM576.77) dibayar tunai terlebih dahulu.
Kemudian, Rajneesh semakin teruja dan menerima cabaran itu di sebuah restoran yang terletak di Delhi, India.
Sementara itu, video tersebut juga menunjukkan samosa seberat 3 kilogram tersebut dibuat oleh pemilik restoran itu sendiri.

Dilaporkan Rajneesh berjaya menghabiskan samosa tersebut dalam masa 5 minit sahaja dan menerima hadiah wang tunai Rs 11,000 (RM576.77)
Lelaki itu turut mendedahkan wang tersebut akan digunakan untuk membuat video di saluran YouTube miliknya.
Difahamkan, video tersebut menjadi tular sehingga mendapat lebih 1 juta tontonan dan 22 ribu orang yang menyukainya.
Terdapat pelbagai komen dan reaksi yang diberikan oleh para penonton di ruangan komen selepas menyaksikan video tersebut.
Sumber : detikfood
Baca: “Dia Biar Je Susu Anak Tumpah, Kalau Aku Tak Lap, Sampai Ke Esok Lah Kering & Masam Di Situ..”