Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Seorang juruterbang muda berusia 29 tahun dilapor mencuri sebuah pesawat dan mengugut untuk merempuh sebuah pasar raya dalam satu kejadian di Mississipi, US baru-baru ini, lapor NBC News.
Menurut laporan, suspek dipercayai mencuri pesawat jenis enjin berkembar Beechcraft King Air 90 berkenaan dari Lapangan Terbang Tupelo pada sekitar pukul 5:30 pagi hari kejadian.
Ketua Polis Tupelo, John Quaka berkata, suspek terbabit turut menghubungi talian kecemasan 911 dari kokpit pesawat dan mendedahkan mahu merempuh sebuah pasar raya di kawasan tersebut.
Oleh sebab itu, pihak polis memberi amaran kepada orang awam untuk menjauhkan diri dari kawasan pasar raya tersebut, beserta kawasan yang berdekatan dengannya.
Dalam masa sama, jurucakap bagi pasar raya tersebut berkata bahawa premis itu sudah ditutup dan semua pengunjungnya telah pergi menyelamatkan diri.

Difahamkan, pihak polis optimis suspek berkenaan merupakan juruterbang yang ada sedikit pengalaman, namun tidak dipercayai sebagai seorang yang bertauliah.
Hal tersebut demikian kerana suspek dikatakan gagal terbang lebih jauh sebelum terpaksa melakukan pendaratan cemas di sebuah kawasan lapang di sana.
“Juruterbang tersebut tidak memiliki pengalaman untuk mendaratkan pesawatnya sendiri.
“Seorang juruterbang persendirian telah membantu pihak kami untuk memastikan suspek berjaya menamatkan penerbangannya. Walau bagaimanapun, usaha ini tidak berjaya pada hujungnya.
“Ketika kami mendekatinya buat kali terakhir, suspek telah membatalkan pendaratannya dan terbang ke arah barat laut Tupelo, iaitu menuju ke daerah Union, Tippah dan Benton,” katanya dalam sidang media.
Sebelum itu sekitar pukul 9:30 pagi, suspek memuat naik kenyataan ringkas di Facebook dipercayai ditujukan buat ahli keluarganya.
“Minta maaf semua. Saya sebenarnya tak bermaksud nak sakitkan hati semua orang.
“Saya sayang mak ayah saya. Dan buat kakak, ini bukan salah awak. Selamat tinggal,” katanya dalam kenyataan tersebut pagi itu.
Kata Quaka, pihak polis percaya suspek membuat kenyataan demikian ketika itu kerana pesawat dipandunya sudah kehabisan bahan api.
Sehubungan itu, suspek yang ‘terdampar’ di tanah lapang sejurus pendaratan cemas tersebut akhirnya berjaya diberkas pihak polis.


Sumber: NBC News