Siakap Keli
Warga Emas Maut Digilis Lori
Gambar: Kosmo!

Terjatuh Daripada Motor, Warga Emas Dilapor Maut Digilis Lori

Terjatuh Daripada Motor, Warga Emas Dilapor Maut Digilis Lori

Johor – Dalam satu kejadian ngeri yang berlaku di Jalan Yong Peng, Ayer Hitam semalam, seorang wanita warga emas maut digilis lori selepas dipercayai jatuh daripada motor yang diboncengnya bersama suami, lapor Kosmo!.

Menurut Ketua Polis Daerah Batu Pahat Asisten Komisioner Ismail Dollah, mangsa berusia 66 tahun dalam perjalanan menuju ke Batu Pahat dari Ayer Hitam terlibat dalam kemalangan yang berlaku sekitar jam 11 pagi.

Memetik Kosmo! lagi, wanita terbabit dipercayai digilis oleh lori yang mengikutinya dari arah belakang selepas mangsa terjatuh daripada motosikal yang dibonceng, maklum Ismail sejurus tiba di lokasi kejadian.

Warga Emas Maut Digilis Lori
Gambar: Kosmo!

“Akibat daripada kejadian itu, mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian manakala lelaki berusia 64 tahun yang menunggang motosikal diboncengnya serta pemandu lori berumur 29 tahun tidak mengalami sebarang kecederaan.

“Mayat mangsa kemudiannya dihantar ke hospital berdekatan untuk proses bedah siasat sebelum diserahkan kepada ahli keluarganya,” jelas Ismail menerusi Kosmo! dalam satu kenyataan hari ini.

Tambahnya lagi, kes itu disiasat di bawah Seksen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

Sumber: Kosmo!

Iqbal Yasir

A wise man once said "Siuuuuu"

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.