Siakap Keli
Gambar: Fox News/WSAV.com

‘Terlepas’ Sejak 33 Tahun Lalu, Polis Dilapor Berjaya Kenal Pasti Pembunuh Guna Kaedah Genealogi

‘Terlepas’ Sejak 33 Tahun Lalu, Polis Dilapor Berjaya Kenal Pasti Pembunuh Guna Kaedah Genealogi

Seorang pembunuh yang bebas selama 33 tahun akhirnya dikenal pasti apabila identitinya terungkap melalui kaedah teknologi genealogi pada Selasa lalu, lapor NBC News.

Menurut Jabatan Polis Norton Shores, pembunuh kepada seorang wanita Michigan telah bebas selama bertahun-tahun sejak Januari 1989 selepas mangsa kali pertama dilaporkan hilang.

Sebelum ini, identiti mangsa tidak diketahui walaupun mayat telah ditemui, namun kes itu terbongkar selepas pihak polis melakukan kaedah saintifik ke atas mayat mangsa.

Susulan itu, pihak polis telah mengesahkan bahawa mayat itu merupakan wanita yang hilang dari Michigan.

Pegawai khas FBI Atlanta, Keri Farley berkata, selepas identiti wanita itu dikenal pasti melalui ujian deoxyribonucleic acid (DNA), pihak polis berjaya mengenal pasti pembunuh.

Penemuan DNA mangsa itu kemudiannya telah dihantar ke sebuah makmal swasta di Texas dalam bahagian genealogi forensik pada 13 Jun lalu.

Hasil data tersebut, pihak polis melakukan soal siasat ke atas ahli keluarga mangsa termasuk menjalankan ujian DNA.

“Kes ini penting kerana melibatkan kedua-dua mangsa dan pembunuh dalam kes yang sama,” kata Farley.

Meskipun kes itu berjaya diselesaikan, namun pihak polis masih tidak mengetahui motif sebenar kes itu, lapor Pegawai Khas Pejabat Siasatan Wilayah 1 GBI, Joe Montgomery.

Pihak polis juga tidak mendedahkan butiran mengenai kematian mangsa.

Gambar: WSA.com

Difahamkan keluarga wanita terbabit tidak hadir sewaktu sidang akhbar dijalankan, bagaimanapun, ibu mangsa gembira setelah pembunuh itu dapat dikenal pasti dan berharap anaknya ‘tenang’, maklum Montgomery lagi.

Sementara itu, suspek telah ditahan oleh pihak polis dan hasil siasatan juga mendapati bahawa dia mempunyai rekod jenayah lampau di Florida, Georgia dan Carolina Utara sebelum ini.

Terdahulu, mayat wanita tersebut ditemui 9 tahun kemudian pada 16 Disember 1998 kira-kira 8 kilometer dari negeri Alabama di lebuh raya I-59 di Dade County, Georgia.

Ujian DNA dan genealogi kini semakin digunakan bagi menyelesaikan kes yang telah lama ditutup.

Untuk pengetahuan, kaedah genealogi kebiasaannya digunakan untuk ‘menjejaki’ susur galur keturunan dan mengkaji sejarah keluarga seseorang melalui rekod, analisis genetik, catatan sejarah dan rakaman lain untuk mendapatkan maklumat.

Sumber: NBC News.

Iqbal Yasir

A wise man once said "Siuuuuu"

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.