Siakap Keli
ini 7 mainan rare zaman dulu
Gambar: Good News From Indonesia/MyMOTAC

Belum Ada TikTok, Ini 7 Mainan ‘Rare’ Zaman Dulu Yang Sangat Rugi Budak Sekarang Tak Rasa

Belum Ada TikTok, Ini 7 Mainan ‘Rare’ Zaman Dulu Yang Sangat Rugi Budak Sekarang Tak Rasa

Pantas waktu berlalu, kini kita memasuki zaman yang serba moden dan canggih. Dunia ‘alam maya’ juga bagaikan sudah sebati dengan semua orang dan bertukar menjadi ‘realiti baharu’.

Manakan tidak, lihatlah diri kita pada ketika ini, pasti masing-masing sedang pegang telefon pintar kan? Memang susah nak ‘berenggang’ dengan yang satu tu. Lagi-lagi bila teknologi digital yang sentiasa berevolusi membolehkan segalanya hanya dilakukan di hujung jari sahaja.

Gambar: Des Moines Parents

Berbeza dengan zaman dahulu, zaman ketika telefon pintar masih belum wujud. Sesiapa yang membesar sebelum zaman milenium, mesti akan terkenangkan pelbagai memori waktu kecil dahulu terutama yang duduk di kampung.

Boleh dikatakan bahawa waktu kecil ketika itu dipenuhi dengan pelbagai permainan dan aktiviti yang menarik. Lazimnya permainan dahulu banyak melibatkan interaksi dengan alam sekitar. Setakat comot baju apa ada hal. Malah, ada yang dah lebam sana sini, esoknya masih nak main lagi.

Pun begitu, zaman sekarang sangat banyak kekangan nak main permainan macam zaman dulu-dulu. Mana tidaknya, sekarang ni mungkin ada yang duduk rumah bertingkat, tempat bermain pun terhad.

Tambahan pula bila masing-masing sudah ada telefon pintar sendiri. Maka, main sajalah permainan dalam peranti itu.

Justeru, SK kali ini nak anda mengimbau kembali kenangan waktu kecil dengan tujuh permainan yang anak-anak sekarang tak sempat rasa.

7 permainan tradisi yang best, tapi ramai anak sekarang tak sempat rasa

Kebiasaannya, mainan yang digunakan akan melibatkan apa sahaja barang yang ada di sekeliling kita seperti ranting, getah pembungkus makanan dan selipar. Nak tahu lebih lagi? Mari baca kat bawah ni.

1. Galah panjang

Gambar: Berita Borneo

Dulu memang meriah dengan hilai tawa bila dapat main galah panjang ni ramai-ramai dengan kawan dan sepupu sepapat. Kadang-kadang boleh jadi punca bergaduh juga. Galah panjang ni kebiasaannya disertai seramai lima hingga ke 10 orang pemain.

Bermain di padang atau tanah yang luas serta di atas simen, garisan penanda akan dibuat sama ada menggunakan arang, kapur, batang kayu, tali atau cat.

Bukan saja menyeronokkan, permainan ini juga sebenarnya boleh memupuk semangat berpasukan dan merangsang pemikiran untuk mengatur strategi.

2. Lompat getah

Gambar: Good News From Indonesia

Kebiasaannya lompat getah sangat digemari oleh budak perempuan dan ia memerlukan tiga hingga lima orang pemain. Getah akan diikat sambung bagi membuat jalinan untuk membentuk rantaian yang panjang.

Dua orang pemain akan memegang getah tersebut bermula dari bawah iaitu pada aras tanah hingga ia akan dinaikkan satu jengkal dari aras kepala. Pemain yang melompat dipanggil sebagai pemain utama yang akan melompat melalui semua aras tersebut.

Sesiapa yang berjaya melepasi semua aras akan dianggap sebagai pemenang. Tetapi semestinya ramai yang akan kecundang pada aras terakhir kerana tidak sampai untuk melompat.

3. Tarik upih

Gambar: Nilai blogspot

Menggunakan pelepah pinang atau kelapa sebagai alat asas permainan. Tarik upih sememangnya menjadi salah satu permainan tradisional yang sangat popular pada satu ketika dahulu. Ia boleh dimainkan secara berkumpulan iaitu dua hingga empat orang atau lebih. Cara mainnya mudah sahaja, seorang pemain akan duduk di atas di pangkal pelepah dan pemain yang lain akan menariknya.

4. Tuju selipar

Gambar: MyMOTAC

Hampir sama dengan permainan baling tin tetapi hanya berbeza dari segi alatan yang digunakan sahaja. Kebiasaannya permainan ini memperuntukkan pemain untuk membentuk dua kumpulan.

Setiap kumpulan terdiri daripada dua hingga lima orang pemain atau lebih. Tiada tempoh masa yang ditetapkan untuk setiap pemain.

Pemain akan membuat tiga kali lontaran ke arah susunan selipar. Jika pemain pertama tidak berjaya menjatuhkan semua selipar maka pemain kedua mengambil alih giliran untuk menjatuhkan baki selipar yang ada. Pasangan yang memperoleh jumlah mata paling banyak mengikut bilangan kiraan selipar yang dijatuhkan dikira pemenang.

5. Polis and thief/polis sentri

“Polis sentri one two jaga, polis mati pencuri jaga”. Tipu kalau kata tidak ingat akan lagu tersebut. Ia merupakan permainan yang berkonsepkan polis dan pencuri yang sangat popular.

Pasukan polis perlu menahan semua pencuri dan dimasukkan ke dalam penjara. Tugas pencuri pula perlu melarikan diri atau memegang beg berisi wang yang dicuri daripada polis sehingga waktu tamat untuk memenangi pertandingan.

6. Teng teng

Gambar: Cetus

Teng teng atau turut juga dipanggil sebagai ketinting dimainkan oleh lelaki dan perempuan. Gelanggang akan dibuat dengan menggunakan kapur tetapi jika di atas pasir, pemain boleh melukis gelanggang dengan menggunakan apa saja alatan seperti dahan pokok atau kayu.

Pemain perlu melompat ke dalam semua petak dengan sebelah kaki sahaja, kecuali di petak kedua dan petak kesembilan yang perlu dilompat dengan kedua-dua belah kaki. Sekiranya pemain terpijak garisan, ia dianggap batal dan giliran pemain lain mengambil alih permainan.

7. Pukul berapa datuk harimau

Gambar: Asean Youth Organization

Permainan ini kebiasaannya akan mempunyai lebih dari 10 pemain dan ia tidak mempunyai apa-apa alatan khusus. Peranan datuk harimau akan dipilih melalui undian yang dilakukan dengan cara masing-masing.

Apabila datuk harimau dipilih, dia akan berada di hadapan dan pemain-pemain lain yang juga disebut sebagai ‘anak ayam’ akan mengikuti dari belakang dengan jarak yang agak jauh agar tidak ditangkap oleh datuk harimau.

Ketika mengikuti datuk harimau, anak-anak ayam akan bertanya “pukul berapa datuk harimau” dan datuk harimau akan menjawab sehingga ke jam 12.00 malam. Ketika itu datuk harimau akan mengorak langkah mengejar anak-anak ayam.

Jika ada anak ayam yang berjaya ditangkap, dia akan bertukar menjadi datuk harimau manakala jika tidak berjaya, permainan akan diteruskan semula sehingga selesai.

Dah penat main, mestilah dahaga kan. Dulu-dulu kalau dapat minum air gas, memang dah rasa mewah terutama masa penat bermain. Apatah lagi kalau dapat Fanta sebotol, terus bertenaga.

Jomlah ajak kawan-kawan main permainan tradisional ni. Kalau bukan kita, siapa lagi nak hidupkan tradisi sebelum ia ditelan zaman.

Sambil-sambil tu jangan lupa hidang air Fanta yang menyegarkan ni. Baru ada tenaga nak berlari sana sini. Untung-untung boleh menang PS5 atau laptop gaming Lenovo lagi.

Macam mana nak menang tu? Ha anda kena sertai peraduan Play On dari Fanta yang sudah berlangsung dari 1 Ogos hingga 30 September nanti.

Cara penyertaan

Langkah pertama yang anda perlu lakukan adalah dengan membeli air Fanta atau Sprite bernilai RM5. Kemudian imbas kod QR dan muat naik gambar resit anda.

Bila sudah settle, anda perlu jawab beberapa soalan dan jawapan betul yang paling pantas akan menang.

Mudah je kan? Ingat tiga langkah je, beli, imbas dan jawab.

Seperti yang dah dinyatakan, anda akan berpeluang mendapat hadiah utama iaitu laptop gaming Lenovo. Bagi hadiah ini, akan ada dua pemenang dipilih setiap bulan.

Manakala, bagi PS5 pula akan ada empat pemenang dipilih setiap bulan. Selain itu, hadiah saguhati secara mingguan iaitu baucar shopee RM20 turut ditawarkan kepada 10 orang pemenang setiap hari.

Mana tahu kan anda boleh jadi salah seorang yang terpilih. Jadi apa tunggu lagi, jom sertai peraduan ini sekarang. Anda boleh melayari laman web fanta dan beli pek penyertaan DISINI.

Dalam pada itu, generasi 80-an dan 90-an inilah generasi penghubung dengan generasi milenia. Kalau bukan kita yang hidupkan dan turunkan ilmu permainan ini, ia mungkin lenyap ditelan zaman. Jadi menjadi tanggungjawab kita hidupkan permainan tersebut supaya ia boleh dinikmati anak cucu.

Sofea

There's always another side to every story