Siakap Keli
ratu elizabeth mangkat
Gambar: AFP

Ratu Elizabeth II Mangkat Pada Usia 96 Tahun

Kerabat tertinggi diraja UK, Ratu Elizabeth II disahkan telah mangkat pada usia 96 tahun malam ini, merujuk laporan AFP sebentar tadi.

Istana Buckingham memaklumkan kemangkatan tersebut dalam satu kenyataan rasmi seperti yang dilapor media-media di seluruh dunia.

“Ratu sudah mangkat di Balmoral (istana) hari ini (waktu tempatan).

“Raja dan raja permaisuri akan kekal berada di Balmoral malam ini dan bakal pulang ke London esok,” maklum kenyataan tersebut hari ini.

Dalam pada itu, difahamkan seluruh negara akan melalui tempoh berkabung selama 10 hari sebagai tanda penghormatan terakhir buat baginda.

Sementara itu, anak lelaki terakhirnya, Putera Charles yang juga selaku Putera Wales secara rasminya ditabalkan menjadi Raja England pada usia 73 tahun.

Terdahulu, mendiang Ratu Elizabeth II dilapor mengalami masalah kesihatan yang merosot sehingga perlu berada di bawah pengawasan pihak perubatan istana.

Imbas kembali, mendiang Ratu Elizabeth II mula memegang takhta sejak 1952 pada usia 25 tahun selepas era Perang Dunia Kedua berakhir.

Untuk rekod seperti yang dilapor AFP, tempoh pemegangan takhta sebagai Ratu England selama 70 tahun itu menjadikannya sebagai fasa monarki paling panjang dalam sejarah Britain.

Berita penuh menyusul.

Sumber: AFP

Nur Adnin

'Jilat luka, tampal parut jadi lencana'