Warga Emas Cemas, Rumah ‘Dibakar’ Api Misteri, 16 Kali Muncul & ‘Berpindah-pindah’
Seorang wanita terpaksa melalui situasi yang menakutkan apabila perlu berdepan dengan fenomena kemunculan api misteri di rumahnya di daerah Dome, Indonesia.
Saheria, 65, berkata dia melihat sendiri kebakaran yang berlaku selama dua hari itu dimana api sebanyak 16 kali muncul dan mengelilingi rumahnya.
“Kejadian pertama berlaku pada hari Isnin dimana api membakar kain rentang lalu berpindah ke dinding dan tiang rumah, namun sempat dipadam oleh jiran” katanya.
Menurut Saheria lagi, ketika kejadian dia berada di pasar sebelum dihubungi oleh saudaranya yang memaklumkan bahawa rumahnya terbakar.
Sebaik tiba di rumah, dia melihat ada api yang sedang terbakar sebelum segera dipadamkan. Tidak lama kemudian, api itu muncul lagi kali ini di bahagian dinding rumah yang diperbuat daripada kayu. Seterusnya, api turut muncul di bahagian bilik rumahnya.
Pada mulanya, mereka menyangkakan kejadian tersebut bermula daripada kabel elektrik yang bermasalah namun setelah diperiksa oleh juruelektrik, mereka mengesahkan kabel berkenaan tiada masalah.
Kes berkenaan kini disiasat Jabatan Bomba Daerah Bone dam memaklumkan bahawa kejadian berkenaan mungkin berpunca daripada kejadian lintar pintas.
“Kesimpulan sementara punca kejadian adalah litar pintas. Namun litar pintas itu perlu diperiksa secara keseluruhan,” kata Ketua Bomba Bone, kepada media tempatan.
Sementara itu, imam masjid setempat telah melakukan rukiah ke semua rumah yang terlibat dengan kemunculan api yang bergerak itu.
“Tak masuk akal kalau api itu bergerak. Api tu boleh disamakan dengan sejenis jin yang dihantar. Kalau dulu orang cakap doti (sihir), mungkin seperti itu,” kata imam kampung berkenaan, Ustaz Muhammad Abduh. Aras.
Sehingga kini, asal usul kebakaran dan punca kebakaran masih lagi disiasat oleh pihak bomba.
BACA: JKM Kuala Lumpur Mohon Bantuan Cari Waris Tiga Adik-Beradik Kandung
Sumber : News.detik