Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

KKM Kesan Produk Kosmetik Night Cream ForU By D Ains Beauty Empire Mengandungi Racun Berjadual
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menggesa orang awam untuk mengelak daripada membeli dan menggunakan produk kosmetik Night Cream ForU By D Ains Beauty Empire yang didapati mengandungi racun berjadual.
Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Tan Sri Dato’ Seri Dr Noor Hisham Abdul berkata, produk yang mengandungi hydroquinone, tretinoin dan betamethasone 17-valerate adalah ubat yang perlu berdaftar dengan Pihak Berkuasa Kawalan Dadah dan hanya boleh digunakan atas nasihat ahli profesional kesihatan.
Jelasnya, produk “Night Cream ForU By D Ains Beauty Empire telah dibatalkan penjualannya oleh Pengarah Kanan Perkhidmatan Farmasi dan tidak dibenarkan lagi untuk dijual di Malaysia berikutan mempunyai campuran racun yang dilarang.

“Penjual dan pengedar produk kosmetik perlu menghentikan penjualan dan pengedaran produk tersebut serta-merta. Penjualan dan pengedaran produk kosmetik ini adalah melanggar Peraturan-Peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984,” ujarnya.
Tambahnya, Individu serta syarikat yang melakukan kesalahan melanggar peraturan tersebut boleh dipenjara dan didenda.
“Individu yang melakukan kesalahan di bawah Peraturan-Peraturan ini boleh dikenakan hukuman denda tidak melebihi RM 25,000 atau penjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya sekali.
“Syarikat yang melakukan kesalahan boleh dikenakan denda sehingga RM 50,000 bagi kesalahan pertama dan denda sehingga RM 100,000 untuk kesalahan berikutnya,” ujarnya lagi.
Tan Sri Noor Hisham juga memberi peringatan kepada orang awam yang sedang menggunakan produk kosmetik itu supaya segera mengentikan penggunaannya dan mendapatkan nasihat daripada ahli profesional kesihatan jika mengalami sebarang ketidakselesaan atau kesan sampingan.
Sehubungan dengan itu, Tan Sri Noor Hisham meminta orang awam untuk membuat semakan status notifikasi sesuatu produk terlebih dahulu dengan melayari laman sesawang rasmi NPRA atau melalui aplikasi ‘NPRA Product Status’ yang boleh dimuat turun daripada “Play Store”.
Sumber: Kementerian Kesihatan Malaysia
Baca: Lubuk Rahsia Nak Makan Buffet & Spa 5 Bintang Dengan Harga Bajet Di Lembah Klang