Siakap Keli
Kematian Dicemburui
Gambar via Sindonews

Kematian Dicemburui, Ustazah ‘Dijemput’ Ajal Saat Pimpin Majlis Khatam Al-Quran Secara “Live”

Kematian seorang ustazah dari Indonesia menjadi tular apabila beliau dijemput ajal dalam keadaan yang pastinya dicemburi oleh ramai umat Islam. Ustazah berkenaan dilaporkan meninggal dunia ketika sedang memimpin bacaan sekitar jam 7.45 pagi waktu tempatan, baru-baru ini. 

Memetik Terang Media, Allahrahamh Ustazah Hajah Taslimah merupakan salah seorang guru tetap yang mengajar kaum ibu di Masjid Al-Barkah Assyafiiyah, Tebet Jakarta Selatan. Ketika kejadian itu berlaku, beliau sedang memimpin majlis khatam Al-Quran yang disiarkan secara langsung melalui saluran Youtube Assalam TV.

Pada awalnya, beliau berada dalam keadaan baik tanpa sebarang tanda-tanda sakit atau keluhan sambil memimpin bacaan Al-Quran yang diikuti oleh para jemaah kaum ibu yang lain.

Allahyarhamah kemudian dilihat jatuh terlentang ke arah belakang dan situasi berkenaan menyebabkan jemaah-jemaah yang dipimpinnya kecoh seketika. Menurut laporan media tempatan, jemaah-jemaah yang ada di majlis tersebut cuba memberi bantuan awal kepadanya sebelum dibawa ke hospital untuk pemeriksaan lanjut.

Bagaimanapun, pihak hospital mengesahkan Allahyarhamah sudah meninggal dunia. Majlis berkenaan difahamkan tetap diteruskan dengan dipimpin oleh jemaah yang lain.

Menerusi laporan sebuah lagi portal berita tempatan, Allahyarhammah dikhabarkan sudahpun lebih 20 tahun mendedikasikan dirinya dalam mengikuti pengajian-pengajian agama termasuk bacaan Al-Quran yang diadakan dalam komuniti tempatan dimana beliau tinggal.

Allahyarhammah juga dikenali sebagai individu yang sangat sopan, pendiam dan amat menjaga tutur katanya.

BACA: Ribuan Ikan Mati, Pemilik Kolam Hanya Mampu Mengalir Air Mata, Dakwa Akibat Perbuatan Khianat

Sumber: Sindonews, Terang Media, Detik.com

Faiz Mustafa