Siakap Keli
mouse samsung boleh lari
Gambar: News Day Express

Samsung Perkenal “Mouse” Boleh Lari Kalau “Detect” Pekerja Bekerja Lebih Masa

Samsung Perkenal “Mouse” Boleh Lari Kalau “Detect” Pekerja Bekerja Lebih Masa

Kebanyakkan orang di dunia sukar untuk mencapai keseimbangan kerja-kehidupan yang sempurna kerana dibebani dengan tekanan kerja.

Ekoran daripada itu, syarikat teknologi gergasi dari Korea Selatan iaitu Samsung telah berjaya mencipta alat inovatif yang boleh membantu ramai orang mencapai keseimbangan kerja-kehidupan bagi mengelakkan kerja berlebihan.

Inovasi terbaru itu adalah tetikus komputer yang akan berhenti berfungsi selepas waktu pejabat yang dijadualkan.

Dikenali sebagai ‘Samsung Balance Mouse’, tetikus itu direka dengan bentuk yang serupa dengan tikus yang sebenar dan akan mula bergerak dari meja apabila pengguna bekerja secara berlebihan.

mouse samsung boleh lari
Gambar : wionews.com

Baru-baru ini, Samsung ada berkongsikan video mengenai konsep tetikus itu di saluran YouTube rasmi Korea.

Dalam video itu, seorang lelaki dapat dilihat sedang bekerja dan apabila dia cuba mencapai tetikus melepasi jam 6 petang, tetikus Samsung baharu itu mula melarikan diri.

Menurut Samsung, roda tetikus tersebut akan diaktifkan sebaik sahaja ia mengesan pergerakan tangan sebelum melarikan diri.

Klip itu selanjutnya menunjukkan bahawa apabila lelaki tersebut cuba mencengkam dengan kuat, tetikus itu melepaskan dirinya dari bahagian tengah dan melarikan diri.

Dalam video itu, Samsung berkata bahawa majoriti pekerja berasa teragak-agak untuk meninggalkan pejabat tepat pada masanya.

Hal ini kerana, mereka sentiasa berada di bawah tekanan untuk menyelesaikan tugas mereka yang belum selesai.

Mereka menegaskan bahawa motif utama di sebalik penciptaan konsep Samsung Balance Mouse ini adalah untuk meningkatkan keseimbangan kehidupan kerja di Korea.

Malangnya, tetikus itu masih dalam peringkat awal dan tidak dinyatakan bila ia akan tersedia untuk pembelian.

Sumber : Wionews.com

Baca: Lubuk Rahsia Nak Makan Buffet & Spa 5 Bintang Dengan Harga Bajet Di Lembah Klang

Anis Annisa