Siakap Keli
Kredit The Thaiger

Tak Tahu Muncul Dari Mana, Wanita Terkejut Kaki Tiba-Tiba Dipatuk Ular Sawa Sesat

Tak Tahu Muncul Dari Mana, Wanita Terkejut Kaki Tiba-Tiba Dipatuk Ular Sawa Sesat

Seekor ular sawa besar secara tiba-tiba dilapor telah menyerang seorang pegawai Jabatan Hutan Diraja di dalam sebuah bangunan pejabat di Bangkok pada Isnin lalu.

Dalam satu rakaman CCTV, dapat dilihat bahawa ular sawa sepanjang 3.5 meter yang muncul entah dari mana secara tiba-tiba menyerang kaki seorang wanita yang sedang berjalan ke arah lif bersama dua rakan sekerjanya.

Susulan kejadian itu, Jabatan Pencegahan dan Mitigasi Bencana menggerakkan pasukannya untuk menangkap dan menempatkan semula ular tersebut.

Pasukan penyelamat dilaporkan menemui bukan hanya seekor, malah tiga ekor ular sawa yang bersembunyi di dalam bangunan kerajaan itu.

Menurut The Thaiger, pasukan penyelamat itu melaporkan bahawa mereka telah menangkap dan mengeluarkan dua daripada tiga ular sawa itu.

Bagaimanapun, seekor ular lagi masih bebas dan disyaki merayap di suatu tempat di pejabat Jabatan Hutan Diraja.

Sarjan Mejar Pinyo Puckpinyayo dari jabatan bencana berkata, ular sawa sepanjang 3.5 meter itu berkemungkinan tidak makan selama beberapa hari dan itulah sebabnya ia menyerang pegawai itu.

Ular sawa ialah sejenis ular yang tidak berbisa dan membunuh mangsanya dengan cara membelit mangsa sehingga mati.

Walaupun ular sawa tidak mempunyai taring, namun haiwan itu masih mempunyai gigi dan dipercayai hanya menyerang manusia hanya untuk mempertahankan diri.

Ular cenderung untuk menyelinap masuk ke dalam bangunan semasa musim hujan, jadi pastikan pintu dan tingkap rumah sentiasa ditutup jika tiada orang dirumah.

Sumber: The Thaiger

Baca: Lubuk Rahsia Nak Makan Buffet & Spa 5 Bintang Dengan Harga Bajet Di Lembah Klang

Syed Faisal Sayed Muhammad

Kehidupan itu laksana tenunan yang bersambung menjadi kata- Hamka