Siakap Keli
Isteri Kantoi Tengok Video Lucah
Gambar: Free Press Journal

Isteri Kantoi Tengok Video Lucah, Suami Nekad Bakar Isteri & Anak Sampai Melecur

Isteri Kantoi Tengok Video Lucah, Suami Nekad Bakar Isteri & Anak Sampai Melecur

Seorang lelaki di Indonesia nekad membakar isteri dan anaknya selepas menangkap wanita itu sedang menonton video lucah di telefon bimbit, lapor laman berita suarajatim.

Kejadian yang berlaku di daerah Sidoarjo Jawa Timur itu didedahkan oleh Ketua Polis Sidoarjo Wahyu Bintoro dalam hantaran di akaun media sosial rasmi @polresta_sidoarjo.

Kredit Kosmo

Insiden yang berlaku pada Ahad lalu bermula selepas suami wanita tersebut dikatakan terlalu beremosi dan telah bertindak menyimbah petrol ke isterinya sebelum menyalakan pemetik api.

“Isterinya didapati sedang menonton video lucah di telefon bimbitnya, lalu suaminya akibat terlalu beremosi bertindak mencurah petrol ke atas isterinya dan kemudian menyalakannya dengan pemetik api.

“Ini menyebabkan isteri dan anaknya yang berhampiran di tempat kejadian melecur,” katanya.

Pelaku bernama MTA, 29, manakala isterinya, WS, 29, dan anaknya MAP, 6.

Selepas menyimbah petrol, MTA menyalakan api menggunakan tisu lalu melemparkannya ke arah WS.

Kesannya, kedua kaki isteri suspek melecur dan kedua mangsa yang melecur segera keluar dari rumah dan diselamatkan oleh penduduk setempat.

Jiran mangsa yang bernama To, mengaku melihat kedua mangsa dari dalam rumah sempat melambai tangan meminta pertolongan.

“Dalam keadaan melecur, isterinya meminta tolong. Namun jiran rumah berdekatan hanya melihat tetapi tidak membantu bimbang ada salah faham kerana suaminya seorang yang baran,” kata To lagi.

Bagaimanapun, tidak lama kemudian pelaku membawa kedua mangsa ke klinik berhampiran untuk mendapatkan rawatan.

“Keluarga mangsa tidak dapat menerima kejadian itu dan telah melaporkan kes itu kepada polis. Khabarnya, pelaku sempat mengugut akan melarikan diri jika kes ini dilaporkan,” kata To.

Sumber: Suara.com

Baca: Lubuk Rahsia Nak Makan Buffet & Spa 5 Bintang Dengan Harga Bajet Di Lembah Klang

Syed Faisal Sayed Muhammad

Kehidupan itu laksana tenunan yang bersambung menjadi kata- Hamka