Siakap Keli
Khaby Lame
Gambar via Fortune

Miliki 149.5 Juta Pengikut TikTok, Khaby Lame Terima Bayaran Sehingga RM 3.4 Juta Untuk Setiap Video Promosi

Miliki 149.5 Juta Pengikut TikTok, Khaby Lame Terima Bayaran Sehingga RM 3.4 Juta Untuk Setiap Video Promosi

Siapa yang tidak kenal dengan Khabane ‘Khaby’ Lame, sering ‘melintas’ di For Your Page (FYP) di Tik Tok dengan ragamnya yang kreatif dan bersahaja.

Sehingga kini, dia diiktiraf sebagai Tiktokers dengan pengikut paling ramai iaitu 149.5 juta pengikut dan 2.4 bilion tanda suka di platform tersebut.

Memetik akhbar berita Fortune bersama studio Hollywood utama, mereka telah melakukan penilaian kontrak yang menjelaskan bahawa Khaby Lame boleh mengenakan cas sehingga RM 3.4 juta bagi setiap video berbentuk promosi. Secara purata, sesuatu jenama membayar Khabib sebanyak RM 1.8 juta bagi setiap video promosi.

Dengan pendapatan tersebut, Khabib dijangka mampu meraih sehingga RM 45.27 juta tahun ini.

Difahamkan, baru-baru ini dia telah menerima bayaran sebanyak RM2.04 juta menerusi kerjasama bersama syarikat terkenal, Hugo Boss untuk mempromosikan acara Milan Fashion Week menerusi laman TikTok miliknya.

Dalam pada itu, menerusi temubualnya bersama TMZ pada awal tahun ini, Khaby Lame berkata dia kini sedang giat menghabiskan masa sekurang-kurangnya satu jam untuk menguasai bahasa Inggeris bersama seorang tutor.

Selain mempelajari bahasa Inggeris bersama tutor, dia juga menonton filem-filem dan kartun Amerika Syarikat untuk menguasai bahasa itu dengan lebih mudah dan cepat.

Disamping itu, dia juga sempat berkongsi hasratnya untuk menjadi seorang pelakon dan membintangi filem bersama-sama Will Smith. Jelasnya, impian untuk mencuburi bidang lakonan tercetus apabila dia mula menonton rancangan The Fresh Prince of Bel-Air. 

BACA: Lokasi Percutian “Rare”, Wanita Kongsi 10 Tips Macam Mana Nak Melancong Ke Iceland

Sumber: Fortune, TMZ, Just Jared Jr, Boss Hunting

Faiz Mustafa