Siakap Keli
10 Tips Ke Iceland
Gambar via Noor Amalina

Lokasi Percutian “Rare”, Wanita Kongsi 10 Tips Macam Mana Nak Melancong Ke Iceland

Lokasi Percutian “Rare”, Wanita Kongsi 10 Tips Macam Mana Nak Melancong Ke Iceland

Mengembara mungkin impian sesetengah orang yang suka untuk melihat dan merasakan suasana yang sedikit berbeza dari tempat yang mereka tinggal.

Sesetengah orang yang suka mengembara ke negara orang bukan semata-mata untuk bersuka ria sahaja, mungkin ada yang mengembara dengan tujuan yang tersendiri untuk mencari dan menggali lebih banyak rahsia alam.

Namun, untuk melakukan pengembaraan, lebih-lebih lagi di luar negara sememang memerlukan kos yang agak tinggi untuk terus berjaya hidup sepanjang tempoh tersebut.

Walau bagaimanapun, jika kita pandai bawa diri, dengan kos yang rendah pun individu itu boleh berjuang hidup dalam tempoh dia mengembara. Selain kos, banyak juga perkara lain yang perlu kita sediakan sebelum melangkah ke negara orang.

Oleh itu, hari ini suka untuk kami kongsikan satu perkongsian tips dari seorang individu, Noor Amalina mengenai tips pengembaraannya bersama rakan-rakan lain ke negara sejuk, Iceland menerusi laman Facebook miliknya. Bukan sahaja kos, mereka juga kongsikan persedian lain yang perlu ditekankan untuk bertahan hidup di negara sejuk itu.

Ikuti perkongsian beliau yang telah kami sertakan di bawah. Semoga dengan perkongsian ini sedikit sebanyak dapat membantu anda semua yang merancang untuk mengembara ke Iceland. Menurut mereka, Iceland mempunyai air yang sangat bersih dan boleh terus diminum.

10 tips ke Iceland

Penerbangan

Kami beli terus tiket penerbangan Finnair KL – Iceland (transit di Singapore dan Helsinki). Kos pergi dalam balik dalam RM 3800 beli 4 bulan awal. Check in sekali je kat KL dan luggage terus sampai Iceland. Transit pun sekejap. Hassle-free.

Cara lain untuk jimat ialah beli tiket KL – London dan naik budget airlines ke Iceland (Play, Easyjet).

Pengankutan

Kereta Sewa

Kami book kereta dengan Blue Car Rental. Kami ambil semua jenis insurans termasuk Roadside Assistance, tapi bila tayar pancit kena uruskan sendiri dan mereka akan suruh pergi panel workshop terdekat.

Masa tukar tayar pun jack rosak dan tayar ganti takde angin. Nasib baik bandar paling dekat dalam 30 minit je. Jadi pastikan semuanya dalam keadaan baik sebelum memulakan perjalanan. Selain tu, boleh cuba Gocarrental.is, Lotus Car Rental atau Mycar.is.

Gambar via Noor Amalina

Minyak

Masukkan kad, pilih berapa amount nak isi, masukkan pin, then remove card. Isi sendiri macam biasa. Jangan pilih isi full sebab ada $200 security deposit.

Parkir

Download apps Parka.is untuk bayar parking kat tempat tarikan pelancong yang terkenal. Kalau takde simbol Parka.is kena bayar kat mesin.

Tol

Ada satu tol je kat North Iceland menuju ke Akureyri. Kena bayar kat website dalam tempoh 24 jam.

Google maps

Kat sana kami guna Google Maps sepanjang masa tapi 4 jam Iceland tak sama macam 4 jam JB – KL. Jalan kecil, banyak gravel road dan had laju maksimum pun hanya 90 km/h.

Tempat tinggal

Gambar via Noor Amalina
Gambar via Noor Amalina

Hostel dan Guesthouse dalam RM 200-250 seorang di booking.com. Accommodation sana memang best 10/10.

Bayaran campsite dalam RM60 seorang/malam. Pastikan equipment (sleeping bag, sleeping mat dan khemah) setaraf dgn cuaca Iceland supaya boleh survive. Musim panas pun masih sejuk beku dalam khemah tu. Hati kena kental, kulit kena tebal.

Travel light

Kami nasihatkan bawa backpack je bukan bagasi sebab akan tukar-tukar tempat setiap hari. Bila bawa bagasi susah nak angkut dan kereta pun jadi ‘sardin’.

Kad sim

Simkad beli dari Hello1010, Rm64 untuk 6GB. Selain tu boleh beli local simkad kat stesen minyak, RM 90 untuk 5GB. Jangan lupa activate simkad Malaysia roaming atau salah seorang beli local simkad sebab Hello1010 tu data je tak boleh buat outgoing call in case of emergency.

Makanan

Ke Iceland tak boleh bawa daging dan tenusu. Kalau anda nak rebel boleh bawa kalau masuk dari Schengen countries macam Finland (Helsinki) sebab takde lalu kastam dan imigresen bila sampai Iceland. Cop passport masa transit kat Helsinki.

Hari tu kami bawa sardin, mushroom soup, serunding, maggi dan nasi brahims. Roti, telur dan lain-lain beli kat supermarket je. Supermarket buka pukul 11 am tutup pukul 6 pm. Kalau makan luar, satu hidangan dalam RM 60 (fish & chips paling murah).

Air minum kat Iceland sangat bersih, boleh ambil terus dari tap water. Tapi kadang-kadang ada bau sulfur di beberapa tempat. Jadi kami lagi prefer ambil air kat waterfalls tepi jalan. Botol air memang dibawa ke mana-mana. Tak perlu beli air mineral.

Gambar via Noor Amalina
Gambar via Noor Amalina

Aktiviti

Aktiviti beroperasi penuh dari bulan May – September. Glacier Kayak, Boat Tour, ATV, Horse Riding, Puffins & Whale Watching, Glacier Hike semua available. Musim winter lebih kepada Aurora dan Ice Cave Tour.

Paling penting jangan book dengan website 3rd party macam Viator, Getyourguide, Guide to Iceland etc. Kalau ada problem susah nak deal. Just refer je list company kat website 3rd party tu dan book direct dengan company tu.

Gambar via Noor Amalina

Cashless

Dekat sana 99% kami guna Bigpay. Lagi 1% tu tukar sikit duit USD kat airport untuk bayar toilet, buat laundry kat hostel dan bayar shower kat campsite. Toilet kena bayar 200 isk (RM 7) kalau tumpang toilet dalam kedai. Toilet free pegi visitor center.

Itinerary & kos

Contoh itinerary

Route A – Golden Circle + South Iceland (mudah, family-friendly, 5-7 hari)

Route B – Route A + East + North + Snæfellsnes Peninsula (moderate, 8-10 hari)

Route C – Route A + Route B + Westfjords (challenging, 14 hari)

Lepas dah confirmkan route, refer itinerary dekat blog dan susun tempat menarik ikut kesesuaian minat, musim, tenaga dan masa. Paling penting, pilih jenis kereta yang betul. Kalau Route A, kereta 2WD boleh survive. Route B digalakkan 4WD. Route C wajib 4WD. Winter Route B dan C banyak jalan tutup.

Kos

Kos ni subjektif. Winter Mac, April dan Oktober paling murah sebab off season. Sejuk, siang pendek dan ada aurora. Mei dan Sept start mahal sikit tapi siang masih panjang untuk enjoy aktiviti summer. Paling mahal Jun, Julai dan Ogos, peak season summer kat Europe. Selain daripada bulan-bulan ni tak payah pegi, tak sesuai.

Ps, 99% gambar-gambar ni saya sendiri jadi photographer guna Iphone. Terima kasih baca sampai habis!

BACA: Mengaku Bersalah Bunuh Perogolnya, Remaja Dipenjara 5 Tahun & Diarah Bayar Pampasan RM 680k

Sumber: Noor Amalina

Faiz Mustafa