Siakap Keli
Kredit Jonatahan Paa

Pelajar Pilih Naik “Unicycle” Ke Sekolah, Nak Jimat Kos Bahan Api

Pelajar Pilih Naik “Unicycle” Ke Sekolah, Nak Jimat Kos Bahan Api

Pada zaman inflasi ini, dengan peningkatan kos bahan api dan keadaan trafik yang semakin teruk memaksa orang ramai kreatif dalam menjalani kehidupan.

Dalam satu perkongsian video di Facebook, seorang pelajar telah dirakam menaiki sebuah “unicycle” ke sekolah pada setiap hari.

Pengguna Facebook yang bernama Jonathan Paa telah berkongsikan video mengenai seorang pelajar gred 7 di Sekolah Menengah Batia di Tambubong, Bocaue, Bulacan. Pelajar itu dilihat dengan mudah mengimbangan dirinya di atas “unicycle” itu.

Sambil membawa beg sekolahnya yang disangkut pada bahu sebelah kanan dan kotak makanan tengah hari di lengan sebelah kiri pula.

“Saya harap seseorang membantunya kerana dia seorang pelajar yang rajin,” tulis Jonathan dalam kapsyen video tersebut.

Menurut Coconuts.co, video itu kini mempunyai lebih daripada 3,000 perkongsian sehingga berita ini ditulis.

Jonathan berkata, dia sempat bertemu dengan keluarga gadis itu sejurus menyiarkan video itu laman Facebooknya. Beliau berkata, bapa pelajar itu pernah bekerja di sebuah sarkas dan mengajar anak-anaknya menunggang “unicycle” itu.

Keazamannya untuk pergi ke sekolah serta keupayaan uniknya mengimbangi “unicycle” yang mempunyai satu roda itu memberi inspirasi kepada orang ramai yang melihat video berkenaan.

“Ia seperti silap mata,” kata seorang penonton yang meninggalkan komen.

“Sekurang-kurangnya tiada siapa yang akan mencuri basikalnya,” seseorang sempat bergurau di dalam ruangan komen video tersebut.

Sementara tambang pengangkutan awam yang meningkat dan elaun yang tidak seberapa, gadis itu telah memutuskan untuk menaiki “unicycle” ke sekolah bagi menjimatkan kos.

Dengan keazaman dan kemahiran seperti itu, pasti pelajar tersebut boleh pergi lebih jauh dalam hidup.

Sumber: Coconuts.co

Baca: Lubuk Rahsia Nak Makan Buffet & Spa 5 Bintang Dengan Harga Bajet Di Lembah Klang

Syed Faisal Sayed Muhammad

Kehidupan itu laksana tenunan yang bersambung menjadi kata- Hamka