Siakap Keli
Ternampak Kelibat Harimau Tepi Jalan
Gambar via Kosmo

Gempar, Pengguna “Highway” LPT 2 Dakwa Ternampak Kelibat Harimau Tepi Jalan

Gempar, Pengguna “Highway” LPT 2 Dakwa Ternampak Kelibat Harimau Tepi Jalan

Salah seorang pengguna Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT 2) terkejut selepas didakwa ternampak kelibat seekor harimau di susur masuk Plaza Tol Dungun berhampiran dengan Kuala Dungun malam tadi. 

Menurut Kosmo, pengguna jalan raya tersebut sempat merakam gambar haiwan berkenaan yang berada di tepi lebuhraya terbabit meskipun ketakutan dalam kejadian sekitar jam 8.30 malam itu. 

Difahamkan, individu tersebut telah berkongsikan gambar itu menerusi laman Facebook miliknya sebelum mencetuskan kekhuatiran kepada para pengguna LPT 2 tersebut. 

Dalam pada itu, penduduk kampung berhampiran seperti Kampung Durian Mentangau juga turut berasa bimbang tentang kebarangkalian diancam oleh haiwan liar tersebut. 

Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara, Loo Kean Soeng berkata, pihak mereka sedang menjalankan siasatan berhubung dakwaan berkaitan kemunculan harimau belang tersebut. 

“Setakat ini kita tidak menerima laporan rasmi berhubung kejadian. Bagaimanapun, kakitangan telah dihantar ke lokasi kejadian bagi melakukan siasatan.

“Kita percaya harimau ini sama yang pernah muncul di Hutan Bukit Bauk tidak lama dahulu kerana lokasinya yang tidak jauh,” katanya ketika dihubungi Kosmo! 

BACA: Amerika Benar Tanam & Tuai Tomato Ungu, Dihasilkan Melalui Modifikasi Genetik

BACA JUGA: Jadi Sniper Siap Sarung “Ghillie Suit”, Kostum Hari Kebangsaan Peringkat Sekolah Adik Ni Curi Tumpuan Netizen

Sumber: Kosmo

Baca: Lubuk Rahsia Nak Makan Buffet & Spa 5 Bintang Dengan Harga Bajet Di Lembah Klang

Faiz Mustafa