Siakap Keli
penyanyi imagine dragons bercerai
Gambar: Getty Images/BBC

Penyanyi Utama Imagine Dragons & Isteri Sah Bercerai

Penyanyi utama band pop rock dari Las Vegas, US, Imagine Dragons, Dan Reynolds berpisah dengan isterinya, Aja Volkman dan kini mereka sedang dalam urusan menfailkan penceraian.

Imbas kembali, penyanyi lagu Radioactive yang kini berusia 35 tahun itu telah mengikat tali perkahwinan bersama isterinya yang juga penyanyi utama Nico Vegas, Aja Volkman pada Mac 2001.

Sepanjang waktu perkahwinan, mereka dikurniakan empat orang cahaya mata iaitu Arrow (10), Coco (5), Gia (5) dan Valentine (2).

Sebelum ini, Dan dan Aja pernah mengumumkan perpisahan mereka pada 2018 sebelum kembali bersama semula. Namun kali ini, mereka akan membawa haluan masing-masing sekali lagi.

Dan atau nama sebenarnya Daniel Coulter Reynolds membuat satu ciapan menerusi laman Twitter yang bertulis, “Saya sedih untuk mengatakan bahawa selepas bertahun-tahun indah bersama, Aja dan saya telah berpisah.

“Menjadi ibu bapa yang hebat kepada anak-anak merupakan keutamaan nombor satu kami. Terima kasih kerana sentiasa menyokong kami dengan kasih sayang dan perhatian selama ini,” katanya.

Kredit: Barcroft Media

Titik noktah perkahwinan mereka berlaku hanya sembilan minggu selepas Aja membuat hantaran penghargaan terhadap Dan menerusi akaun Instagramnya semasa hari lahir penyanyi utama Imagine Dragons tersebut.

Kapsyen Aja berbunyi, “Selamat Hari Lahir kepada kawan baik saya. Saya tidak pernah melihat sesiapa bekerja keras dalam hidup. Terima kasih kerana memberi inspirasi kepada kami semua yang mengenali anda untuk hidup dengan lebih baik.

“Terima kasih kerana menjadi seorang yang dinamik yang membuatkan saya sentiasa berdiri. Terima kasih kerana mengambil berat tentang ramai orang. Anda sentiasa muda kerana itu merupakan sifat jiwa anda,” katanya.

Dia juga menambah,”Dan terima kasih kerana menjadi ayah dan pasangan yang hebat,”

Para peminat memberikan reaksi terhadap hantaran Dan mengenai perpisahannya dengan memberikan ucapan takziah dan sokongan moral.

Salah seorang peminat menulis, “Saya sangat kesal mendengar berita ini, Dan. Saya akan menyokong awak dan Aja semasa mengharungi cabaran ini. Saya sayang anda berdua,”

Salah satu komen mengatakan, “Saya gembira semasa perkahwinan anda dapat dipulihkan pada kali pertama. Tapi pada pagi ini, ketika saya mengetahui berita sedih ini… Saya minta maaf. Saya letakkan harapan terlalu tinggi, walaupun ia jelas bahawa hubungan ni tak dapat dipulihkan sepenuhnya,”

Pernah Berpisah & Kembali Bersama Semula

Gambar: Getty Images via BBC

Sebelum ini, Aja telah memberikan peluang kedua kepada Dan untuk memulihkan hubungan mereka selepas masing-masing memutuskan untuk bercerai sebelum ini.

Tambahan pula, Aja memberitahu bahawa Dan telah melamarnya semula pada 2019 dengan tulisannya, “Saya tidak pernah menyebabkan terlalu banyak kesakitan atau disakiti oleh manusia lain dalam hidup saya. Kami mengambil masa yang lama untuk betul-betul bersua antara satu sama lain,”

Dua juga menambah, “Kami melalui pelbagai kejayaan dan kegagalan dan kami berpegangan erat antara satu sama lain kerana ia sangat menakutkan. Akan tetapi, kami jugalah yang melemaskan antara satu sama lain. Kami tak cukup mengenali diri kami untuk mengekalkan kekuatan kami dari dalam. Dan semuanya mulai runtuh,”

Aja menjelaskan bahawa dia menghabiskan masa selama tujuh bulan untuk mendapatkan ketenangannya sebelum dia dan Dan membuat keputusan untuk bersama dan memulakan perhubungan mereka semula.

Dia juga menulis, “Kami tak perlukan kata-kata. Kami maafkan antara satu sama lain. Dia melutut dan sebelum dia boleh membuka mulut, saya mula menangis. Air mata  yang sarat menahan hampir 10 tahun kenangan bersama,”

Sumber: Mirror

 

Nur Syahirah Zainoor Hisham

Everyone has their own perspective, there’s nothing strange about that - Thoma