Sekatan Jejas Industri Penerbangan, Juruterbang Di Rusia Diarah Baiki Pesawat Sendiri
Ekoran beberapa sekatan secara berterusan ke atas Rusia, syarikat penerbangan negara tersebut, Aeroflot mengarahkan kesemua juruterbang mereka untuk melakukan penyelenggaraan terhadap pesawat sendiri, lapor Newsweek.
Langkah itu diambil selepas Menteri Perindustrian dan Perdagangan Rusia, Oleg Bocharov memaklumkan mengenai perkara tersebut pada awal bulan ini sewaktu di Forum Ekonomi Timur di Vladivostok.
“Bersama-sama dengan Kementerian Pengangkutan, kita mesti melatih juruterbang sebagai pejuang sejagat. Mereka perlu menjadi juruterbang dan juruteknik pada masa yang sama. Setiap peralatan perlu disediakan bagi sebarang kemungkinan penyelenggaraan sewaktu beroperasi.
“Kami bercakap mengenai juruterbang terutamanya penerbangan serantau yang mana melibatkan sistem asas baharu untuk memastikan pesawat serantau domestik diwujudkan,” katanya.
Sekatan yang dilakukan oleh Barat didakwa telah membuatkan industri penerbangan Rusia seperti di Amerika Syarikat, Kesatuan Eropah (EU) United Kingdom dan Kanada terjejas teruk.
Syarikat penerbangan Rusia telah dilarang dari memasuki ruang udara negara tersebut. Sehubungan itu, Aeroflot terpaksa menggantung semua penerbangan antarabangsa kecuali ke Belarus.
Sementara itu, EU mendakwa bahawa keputusan itu dibuat tiada kaitan dengan pencerobohan Rusia ke atas Ukraine.
Pertubuhan itu turut menambah bahawa sebanyak 21 pesawat Rusia yang termasuk dalam senarai Keselamatan Udaranya menghalang mereka daripada beroperasi di wilayahnya atas faktor keselamatan pada April lalu.
BACA JUGA: (Video) Seram, Detik-Detik Peluru Berpandu Bedil Lapangan Terbang Ukraine Berjaya Dirakam