Siakap Keli
rusia beri amaran sedia ancam bom london dan washington
Gambar: Getty Images via Daily Star

Rusia Beri Amaran Tentang ‘Armageddon’, Sedia Ancam Bom London & Washington

Presiden Rusia, Vladimir Putin memberi amaran mengenai Armageddon dan sedia bom London dan Washington dalam satu siaran tv kerajaan baru-baru ini, lapor Daily Star.

Amaran itu dikeluarkan selepas berlaku ketegangan di sekitar loji kuasa nuklear Zaporizhzia pada minggu ini.

Bagaimanapun, pemimpin Ukraine membidas bahawa Rusia sengaja membedil loji terbesar di Eropah berkenaan dan mendakwa Ukraine bakal membawa malapetaka menerusi loji tenaga nuklear itu.

Tambahan pula, terdapat kebimbangan mengenai askar Rusia menyalahkan dan menggunakan konflik loji berkenaan bagi melanjutkan konflik yang sedang dialami.

rusia beri amaran sedia ancam bom london dan washington
Gambar: AFP via Getty Images via Daily Star

Ketua Pergerakan pro-Kremlin Ukraine Parus, Yury Kot dalam satu siaran langsung tv Rusia mendakwa ibu kota Ukraine, Kyiv dan Barat membahayakan risiko keselamatan nuklear.

Sehubungan itu, beliau menggesa Putin untuk bersiap sedia melancarkan peluru berpandu nuklear ke London dan Washington.

“Kita semua tahu bahawa Ukraine dan Barat sedang mencipta realiti ke atas loji kuasa nuklear Zaporizhzhia,” katanya di Channel One.

Tambahnya, “Kita perlu memberitahu Ukraine dan negara-negara penyokongnya seperti Britain dan Amerika.

“Jika loji nuklear Zaporizhzhia rosak, bencana bakal berlaku dan dua peluru berpandu bakal dilancarkan ke London dan Washington,” jelasnya lagi.

Sementara itu, Ketua Pusat Maklumat Politik, Aleksey Mukhin berkata, ia akan mencetuskan protokol kemusnahan bersama.

Tambahan pula, pertahanan Barat gagal menghalang peluru berpandu nuklear Sarmat [Satan-2] dan Tsirkon baharu milik Putin.

rusia beri amaran sedia ancam bom london dan washington
Gambar: BBC via Daily Star

Propaganda Igor Korotchenko itu semakin tersebar selepas seorang kolonel simpanan dan ketua pengarang majalah Pertahanan negara Rusia memberi amaran bahawa perang nuklear sewaktu musim sejuk ini, walaupun tanpa serangan peluru berpandu ekoran kekurangan gas yang dikenakan oleh Barat ke atas Rusia.

Sumber: Daily Star

Iqbal Yasir

Tengah stalk gambar sebelah ke tu?