Siakap Keli
putin bertemu jokowi
Gambar via Twitter

Putin Bertemu Jokowi Hanya Guna Meja Kecil, Berbeza Pemimpin Lain

Presiden Rusia, Vladimir Putin yang dilihat menggunakan meja kecil ketika menyambut kunjungan Presiden Republik Indonesia, Joko Widodo baru-baru ini telah menjadi perbualan dunia, lapor Tribunnews.com.

Difahamkan, kunjungan Jokowi yang disambut oleh Putin bagi urusan perdamaian konflik Rusia-Ukraine itu hanya disambut oleh meja kecil, bukan meja besar dan panjang seperti pemimpin-pemimpin lain.

Ramai yang mempertikaikan tentang mengapa presiden Rusia itu tidak menggunakan ‘meja panjang khas Rusia’ sewaktu menyambut kedatangan Jokowi di Kremlin, Moskow Khamis lalu.

Dalam perbincangan kedua-dua presiden itu, mereka hanya dipisahkan dengan sebuah meja kecil berwarna putih yang mempunyai sejambak bunga ringkas di atasnya.

Perkara itu dilihat berbeza jika dibandingkan ketika Putin menyambut kedatangan beberapa pemimpin negara lain sebelum ini dengan menggunakan ‘Meja Khas Rusia’ yang lebih besar, panjang dan gah.

Meja khas itu telah digunakan sewaktu pertemuan bersama Presiden Perancis, Emmanual Macron; Canselor Jerman, Olaf Scholz; Presiden  Iran, Ibrahim Raisi; Perdana Menteri Hungary, Viktor Orban dan Sekreteriat Jeneral Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Antonio Guterres.

Kesemua mereka telah disambut Putin dengan menggunakan meja rasmi yang berukuran sepanjang 20 kaki atau bersamaan enam meter. Persoalannya, kenapa meja bersama Jokowi lebih kecil? Apakah ada maksud tertentu?

Gambar via Twitter

Alasan Putin guna meja panjang

Difahamkan, presiden Rusia itu dikenali sebagai seorang yang paranoid Covid-19. Sehubungan itu, dia menerapkan prosedur ketat dan menjaga jarak walaupun sudah divaksinasi dan lengkap booster.

Merujuk Tribun, ketika Presiden Perancis, Emmanual Macron bertemu Putin, pemimpin itu enggan melakukan ujian polymerase chain reaction (PCR) Covid-19 yang disyaratkan Rusia (dalam urusan rasmi).

Difahamkan, selain mengakui Rusia menerapkan protokol kesihatan yang ketat, Macron ‘terpaksa’ menolak untuk membuat PCR kerana risau dan bimbang jika negara itu mahu mendapatkan Deoxyribonucleic acid (DNA) tubuhnya.

Sementara itu, ketika kunjungan Canselor Jerman, Olaf Scholz, individu itu juga tidak mahu melakukan ujian PCR Covid-19 hingga menyebabkan Putin duduk berjauhan walaupun tidak menggunakan meja panjang.

Menteri Luar Rusia, Sergie Lavrov juga duduk di meja panjang ketika bertemu dengan presiden Rusia itu. Hal berkenaan kerana menteri itu pernah bertemu dengan Menteri Luar Negara UK, Liz Truss yang disahkan positif 10 hari selepas pertemuan tersebut.

Sementara itu, presiden Hungary turut pernah duduk di meja panjang akibat tidak melakukan kuarantin yang merupakan syarat wajib sebelum bertemu dengan Putin, lapor The Guardian memetik Tribun.

Gambar: Aljazeera

Long Table Diplomacy

Menurut pelakon Skeletons (2010) Paul Dallison dalam karyanya Politico, dia menyatakan meja panjang yang digunakan Putin itu bertujuan untuk membuatkan tetamu berasa tidak selesa, khususnya demi menjaga jarak.

Perkara itu berlaku sewaktu Presiden Turkey, Recep Tayyip Erdogan menyambut Presiden Suruhanjaya Eropah, Ursula von der Leyen dan Presiden Dewan Eropah, Charles Michel di Ankara pada April 2021.

Difahamkan, Ursula ketika itu tidak mendapat kerusi sehingga terpaksa duduk di atas sofa yang agak berjauhan dengan Erdogan dan Charles sehingga peristiwa itu dikenali sebagai SofaGate.

Sehubungan itu, strategi long table diplomacy itu juga mungkin mempengaruhi Putin sewaktu bertemu dengan Macron dalam satu perbincangan mencari solusi bagi konflik Rusia-Ukraine baru-baru ini.

Dalam pertemuan itu, presiden Perancis itu begitu serius dalam perbincangan tersebut, namun setelah hampir lima jam perbiacaraan di meja panjang itu, Macron pulang dengan hampa, menurut The Guardian.

Walaupun strategi itu digunakan oleh Putin, namun ia sebenarnya telah lama wujud di Kremlin ketika pemerintahan Boris Yeltlsin sebagai presiden pertama Rusia pada 1991-1999.

Sementara itu, pemilik kedai perabot OAK Furniture di Itali, Renato Pologna mendakwa bahawa meja panjang yang digunakan Putin itu sebenarnya adalah hasil tangannya, menurut Al Jazeera.

Pologna membuat meja itu mengikut kesesuaian kriteria pesanan seperti yang diarahkan dan kemudiannya dihantar ke Kremlin pada tahun 1995.

Bahasa tubuh badan tidak menipu

Sementara itu, perbincangan Putin-Jokowi yang hanya menggunakan sebuah meja kecil sebagai perantara telah meraih perhatian ramai pihak, termasuklah seorang ahli parti politik di Indonesia.

Ahli politik Parti Demokrasi Indonesia Perjuangan (PDI-P), Budiman Sudjatmiko membuat satu perbandingan antara pertemuan kedua-dua pemimpin negara itu dengan beberapa presiden lain ketika bersama Putin.

Menerusi sebuah gambar yang dimuat naik ke laman Twitter miliknya, Budiman membandingkan gambar mereka dengan menyebut ‘sejarah dan bahasa tubuh tidak menipu’.

Dia memuat naik kenyataan itu di laman rasmi Twitter miliknya, @budimandjatmiko pada malam khamis lalu.

Dalam foto yang dibahagikan kepada tiga bahagian itu menunjukkan tiga situasi yang berbeza, termasuklah Jokowi semasa pertemuan bersama presiden Rusia berkenaan.

Sumber: Tribunnews.com

Iqbal Yasir

Tengah stalk gambar sebelah ke tu?