Syarikat jualan e-commerce eBay dilapor membuang senarai jualan tiket masuk bagi melihat keranda mendiang Ratu Elizabeth II di London.
Menurut laporan BBC, penjual-penjual dalam medium e-commerce itu menjual tiket masuk berupa gelang kertas berwarna-warni sebagai titipan kenangan atas pemergian mendiang Ratu Elizabeth II.
Bagaimanapun gelang-gelang tersebut telah ditandakan sebagai tidak boleh dipindah milik dan tidak dapat menjamin kemasukan ke dalam Westminster Hall untuk menyaksikan keranda mendiang.

Seorang jurucakap bagi laman web bidaan tersebut berkata, “Barangan tersebut teah melanggar polisi kami dan kami sedang membuangnya,”
Beberapa gelang tangan dilapor masih lagi terdapat pada laman web tersebut di bawah tajuk “barangan baharu” pada pagi Ahad tetapi tidak memiliki pautan ke lelongan aktif atau halaman beli sekarang.
Beberapa gelang tangan terpakai telah menarik jumlah bidaan sebanyak £70,000 (RM366266.57) sebelum dialihkan, menurut laporan The Guardian. Walau bagaimanapun, sama ada bidaan itu tulen atau tidak ia masih lagi tidak dapat dipastikan.
eBay membenarkan penjualan tiket terhadap acara-acara lepas seperti konsert, acara sukan untuk dijual sebagai titipan kenangan. Walau bagaimanapun, polis mereka mengatakan penjualan tiket terhadap acara-acara yang dibuka kepada orang awam secara percuma adalah tidak dibenarkan.
Dalam polisi mereka juga mengatakan bahawa tiket bagi acara yang masih lagi berlangsung juga tidak boleh dijual di dalam laman web.

Ramai Yang Ingin Menyaksikan Mendiang Buat Kali Terakhir
Selain itu, orang ramai juga dinasihatkan untuk tidak menyertai pembelian tersebut bagi mengelakkan diri mereka daripada mendapat kekecewaan.
Sejak keranda mendiang Ratu Elizabeth II tiba di Westminster Hall untuk dikebumikan, panjang barisan orang beratur mencecah sehingga lapan kilometer.
Maklumat terkini mengenai sesi melihat keranda Ratu Elizabeth II di Westminster Hall sebelum ditutup akan dikemas kini menerusi ciapan Jabatan Digital, Kebudayaan, Media dan Sukan (DCMS).
Mereka juga mengatakan bahawa masa menunggu yang terkini ialah sekurang-kurangnya 13 jam.
Tontonan umum keranda Ratu Elizabeth II di negara ini akan dirakhir secara rasmi pada 06:30 pagi, waktu Britain pada hari Isnin, empat setengah jam sebelum pengebumian mendiang ratu di Westminster Abbey.
Sumber: BBC