Siakap Keli
Gempa bumi
Gambar via Daily Mail

Gempa Kuat 7.5 Magnitud Landa Mexico, Seorang Dilapor Terkorban

Gempa Kuat 7.5 Magnitud Landa Mexico, Seorang Dilapor Terkorban

Sekurang-kurangnya seorang dilaporkan maut dan dua bangunan musnah selepas berlakunya gempa bumi bermagnitud 7.5 skala richter yang melanda Mexico pada Isnin, 19 September 2022. 

Memetik laporan Daily Mail, sebelum gempa bumi tersebut berlaku, penggera amaran gempa telah dibunyikan ke seluruh negara sebagai tanda amaran gempa bumi yang besar bakal berlaku sama seperti gempa bumi pada tahun 1985 dan 2017. 

Penduduk tempatan dilihat berpelukan dan saling menenangkan antara satu sama lain di jalan raya berikutan berlakunya gegaran yang agak kuat. Ketika itu, ada juga yang sedang menghadiri upacara peringatan kepada mereka yang telah meninggal dunia dalam kejadian yang sama beberapa tahun dahulu. 

BACA: “Baju Diconteng, Buku Dikoyak & Dibuang, Tapi Akhirnya Aku Yang Dimarahi Guru, Siap Kena Pulau Dengan Kawan-kawan”

Difahamkan, gempa bumi yang berlaku pada jarak 29 batu selatan-tenggara La Placita de Morelos di negeri Michoacan berada pada tahap kedalaman 6.2 batu, lapor USGS. 

Menerusi video yang telah dikongsikan, dapat dilihat orang ramai yang terperangkap dalam bangunan dan kipas, siling serta pintu almari dilihat bergegar menunjukkan gegaran yang agak kuat berpunca dari gempa bumi tersebut. Tragedi ngeri itu berlaku pada jam 1 petang waktu tempatan. 

Dalam pada itu, video tersebut juga menunjukkan isyarat lalu lintas dan papan tanda bergoyang di tengah jalan manakala blok bangunan dilihat bergoyang. 

Jabatan Keselamatan Awam Michoacan berkata tidak ada laporan awal mengenai kerosakan besar di negeri itu selain beberapa keretakan di beberapa bangunan di bandar Coalcoman. 

Dalam pada itu, menurut Pentadbiran Lautan dan Atmosfera Negara, pihak mereka telah mengesahkan bahawa pantai Mexico dijangka akan menerima ancaman Tsunami namun amaran itu telah ditarik semula.

Gempa itu berlaku ketika ulang tahun kelima gempa bumi pada tahun 2017 yang mengorbankan 216 orang di Bandar Mexico, lapor CNN.

BACA: Gadis Tionghua Hidupkan Seni Melayu, Diangkat Jadi Cikgu Zapin Di Negara China

BACA JUGA: Lima Tahun Cari Tak Jumpa, Lelaki Terkejut Subang Hidung Rupanya Ada Dalam Paru-Paru

Sumber: Daily Mail

Faiz Mustafa

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.