Siakap Keli
Gambar : Warung Jurnalis Via Instagram

Pelajar Bawa Buaya Semasa Bergaduh

Pelajar Bawa Buaya Semasa Bergaduh

INDONESIA – Seorang pelajar dilapor membawa seekor anak buaya semasa pergaduhan antara pelajar di Jalan Angkung Duren Sawit, Jakarta Timur pada tengah hari semalam.

Kejadian yang berjaya dirakam kamera litar tertutup (CCTV) itu menunjukkan seorang pelajar membawa seekor anak buaya semasa pergaduhan tersebut berlaku.

Video tersebut telah dimuat naik di akaun Instagram @warungjurnalis dan mendapat perhatian ramai.

“Yang bawa anak buaya itu memang sekolah di Sekolah Vokasional berkaitan haiwan,” kata Ketua Polis Daerah Duren Sawit, Kompol M Marbun ketika dihubungi semalam.

Tambahnya lagi, buaya itu milik sekolah. Bagaimanapun, pelajar berkenaan diminta untuk menjaganya.

Gambar : Warung Jurnalis Via Instagram

“Dia disuruh untuk menjaganya dan dibawa pulang,” katanya.

Pelaku juga secara tidak sengaja membawa buaya itu ke tempat pergaduhan. Hal ini kerana dia tidak menyangka pergaduhan tersebut akan berlaku.

“Dia tidak menyangka bahawa pergaduhan akan berlaku, jadi dia membawa buaya itu ke tempat kejadian.”

Selain itu, 11 orang pelajar sekolah turut ditahan ekoran pergaduhan itu.

Menurut Marbun, 11 orang pelaku itu telah dihantar pulang. Namun, polis akan memanggil ibu bapa dan pihak sekolah untuk membuat perjanjian supaya tidak terlibat dalam pergaduhan lagi.

Sementara itu, anak buaya itu telah diserahkan kepada Jabatan Alam Sekitar Jakarta Timur.

“Kami telah menyerahkan buaya kepada Jabatan Alam Sekitar Timur tengah hari tadi.

Sumber : CNN Indonesia

Baca: Lubuk Rahsia Nak Makan Buffet & Spa 5 Bintang Dengan Harga Bajet Di Lembah Klang

Anis Annisa