Siakap Keli
hutang bunuh diri wasiat
Kredit: Kompas.com

Terbeban Hutang, Lelaki Tinggal Wasiat Minta Isteri Lunaskan RM1,000

Gara-gara terbeban akibat berhutang, seorang lelaki tinggalkan surat wasiat meminta isteri lunaskan hutangnya sebelum menamatkan riwayat hidupnya dengan merempuh kereta api.

Lapor Kompas.com, mangsa didakwa bertindak sedemikian dalam satu kejadian di Stesen Pagaden Baru, Jawa Barat sekitar jam 5.30 petang pada Ahad.

Ketua Polis Pagaden, Senen Ali berkata, pihaknya menemukan surat wasiat yang ditinggalkan mangsa di dalam kereta miliknya sebelum tekad mengakhiri hidup di landasan kereta api.

Disyaki punca mangsa terdesak menamatkan hidupnya adalah kerana berhutang.

“Dalam surat wasiat itu, mangsa menulis meminta wanita yang dipercayai isterinya melunaskan hutangnya sebanyak RM1,000,” jelas Senen menerusi Kompas.

Difahamkan, kandungan wasiat tersebut amat ringkas di mana mangsa meminta untuk melunaskan hutangnya dan menulis nombor telefon orang yang dipinjam.

Dalam masa sama, Senen berkata mangsa datang ke stesen kereta api tersebut dengan memandu sebuah kereta jenis Suzuki sebelum mengakhiri hidupnya.

“Daripada keterangan saksi yang kami kumpul, mangsa datang ke stesen Pagaden dan pergi ke bilik air.

“Tidak lama kemudian, mangsa keluar dari tandas dan duduk di atas kerusi semasa di stesen kereta api,” katanya memetik Kompas.com.

Jelas Senen, setelah kereta api menghampiri lelaki itu berlari dan merempuh kereta api berkenaan yang ketika itu sedang dalam perjalanan dari Jakarta menuju ke Pasar Turi Surabaya.

“Mangsa disahkan mengakhiri ‘riwayat’ dengan merempuh kereta api dan dikejarkan ke Hospital Subang yang berdekatan di daerah ini,” kata Senen ketika menjelaskan keadaan mangsa.

Sumber: Kompas.com

Nurhanis

Sesuatu yang dilepaskan secara terpaksa, sakitnya tidak pernah sederhana