Siakap Keli
Bakar Anak Hidup-Hidup
Kredit Daily Mail

Bapa Tergamak Bakar Anak Hidup-Hidup, Hanya Kerana Tak Siapkan Kerja Sekolah

Bapa Tergamak Bakar Anak Hidup-Hidup, Hanya Kerana Tak Siapkan Kerja Sekolah

Seorang lelaki di Pakistan dilaporkan tergamak membakar anak lelakinya yang berusia 12 tahun hidup-hidup selepas mangsa tidak dapat menjawab soalan mengenai kerja sekolahnya.

Menurut Daily Mail, mangsa mengalami kesan melecur serius dalam kejadian di bandar Orangi di bandar Pakistan pada 14 September lalu.

Mangsa telah dikejarkan ke hospital tetapi malangnya tidak dapat diselamatkan dan meninggal dunia dua hari kemudian.

Bapa mangsa dilaporkan telah menyiram minyak tanah ke atas mangsa dan menyalakan mancis dalam cubaan untuk menakutkan mangsa supaya menyiapkan kerja rumahnya.

Malangnya, api telah menyambar dengan cepat dan membakar kanak-kanak itu.

Kredit Daily Mail

Mendengar jeritan anak lelakinya, ibu mangsa terus meluru masuk ke dalam bilik sebelum kedua-dua mereka melemparkan selimut dan pakaian dalam cubaan untuk memadamkan api tersebut.

Pun begitu, cubaan untuk memadamkan api itu tidak berjaya untuk menyelamatkan nyawa anak mereka.

Selepas menerima berita kematian anaknya pada 16 September lalu, ibu mangsa mengambil masa selama dua hari untuk meratapi kehilangan anaknya sebelum memfailkan kes terhadap suaminya.

Polis kemudiannya menahan bapa mangsa pada keesokan harinya. Suspek dilaporkan akan kekal dalam tahanan sehingga perbicaraan mahkamah pada 24 September ini.

Pegawai polis tempatan Salim Khan memberitahu media Pakistan bahawa, suspek menjadi berang kerana anaknya itu berkeras mahu keluar bermain layang-layang dan bukannya menyiapkan kerja sekolahnya.

Suspek bertanya soalan berkenaan kerja sekolah kepada mangsa, kemudian remaja berusia 12 tahun itu memberikan ‘jawapan yang tidak memuaskan’.

Suspek memberitahu polis dia menyiram cecair mudah terbakar itu ke atas kanak-kanak tersebut dan menyalakan mancis untuk cuba menakutkannya.

Suspek dilaporkan mengaku melakukan jenayahnya selepas ditahan oleh polis berikutan laporan yang difailkan oleh isterinya terhadap kematian anaknya.

Sumber: Daily Mail

Baca: Lubuk Rahsia Nak Makan Buffet & Spa 5 Bintang Dengan Harga Bajet Di Lembah Klang

Syed Faisal Sayed Muhammad

Kehidupan itu laksana tenunan yang bersambung menjadi kata- Hamka