Siakap Keli
abg popia gelagat budak
Tangkap Layar Tiktok

“Lagi Famous Daripada Artis Ni…” Gelagat Budak Sekolah Jerit Nama ‘Abang Popia’ Cuit Hati Netizen

Terkenal mengalahkan artis, gelagat kanak-kanak pelajar sekolah menjerit memanggil nama seorang peniaga popia di laman sosial mencuri tumpuan orang ramai.

Baru-baru ini tular satu video memaparkan seorang peniaga yang dikenali sebagai ‘Abg Popia’ dijerit namanya berkali-kali oleh pelajar sekolah yang lalu di belakang gerainya.

Berdasarkan video yang dimuat naik di TikTok Abg Popia itu sendiri, kanak-kanak berkenaan dilihat ‘menyeru’ namanya setiap kali van atau bas dinaiki mereka lalu di situ hingga membuatkan dia tergamam.

Masakan tidak, setiap kali kenderaan itu lalu,  gelagat mereka yang menyeru “Abang Popiaa!” pasti memecahkan suasana hingga pelanggan yang berada di situ turut mentertawakan mereka.

Ujar pelanggan seperti dalam rakaman video itu, populariti Abg Popia dapat dilihat ekoran ramai yang mengenalinya melalui kuih popia yang dijualnya.

“Lebih famous daripada artis ni,” kata salah seorang pembeli kepada Abg Popia.

Niat asal nak bergurau, sudahnya kena balik

Gambar: petikan video TikTok

Dalam video itu, Abg Popia berkata dia ingin mengenakan budak-budak sekolah tersebut dengan cara bergurau, namun mereka rupanya jauh lebih cekap dalam bab ‘mengenakan’ ini.

Ujar Abg Popia, setiap kali van atau bas sekolah lalu di situ, mesti ada yang menjerit namanya dengan bersemangat tanpa sebab.

Namun sekiranya tidak ada yang menjerit namanya, dia berkata dengan nada bergurau bahawa budak itu merupakan budak yang baik.

“Saya tak tahu nak buat macam mana dah bang..” katanya dengan nada berseloroh kepada pelanggan tersebut.

Menerjah ke ruangan komentar, rata-rata orang ramai meninggalkan komentar mereka dengan berbentuk gurauan sehingga ada yang berhasrat mahu menaiki van untuk menjerit nama ‘Abang Popia’.

Dalam masa sama, orang ramai turut meluahkan rasa gembira dan seronok melihat Abg Popia kerana perniagaannya berjalan dengan lancar serta terkenal dalam kalangan kanak-kanak.

Video Tiktok itu telah mendapat kira-kira lebih lima juta tontonan serta dihujani komentar sebanyak 9,000 dalam masa dua hari setakat ini.

Sebelum ini, Abg Popia sering membuat video mengenai karenah pelanggan sehingga akaun Tiktok miliknya diikuti hampir 200,000 pengikut.

@abgpopia

Buli lah abang dik sebab kalau korang dah besar nanti mesti abang rindu #fyp #fypシ

♬ MELANCHOLY(治愈系) – 南辰

Sumber: Tiktok Abg Popia

Nurhanis

Sesuatu yang dilepaskan secara terpaksa, sakitnya tidak pernah sederhana