Siakap Keli
Gambar: Daily Mail

Imej ‘Gelung’ Planet Neptun Paling Jelas Berjaya Dirakam Satelit James Webb

Imej ‘Gelung’ Planet Neptun Paling Jelas Berjaya Dirakam Satelit James Webb

Imej satelit terbaharu James Webb dilaporkan berjaya merakamkan gambar planet Neptune yang paling jelas pernah dilihat.

Satelit James Webb berjaya mendedahkan imej lingkaran ais gergasi tersebut paling jelas pernah diambil dalam tempoh lebih 30 tahun.

Sebelum ini planet Zuhal adalah planet yang ramai orang kaitkan dengan mempunyai lingkaran yang menakjubkan.

Tetapi imej baharu yang dirakam oleh teleskop super angkasa NASA, James Webb memberikan gambaran terbaharu.

Sejak penerbangan Voyager 2 melintasi Neptun pada tahun 1989 ia telah merakam dengan terperinci dan sangat luar biasa.

Sebagai tambahan kepada beberapa lingkaran yang terang dan sempit, imej Webb itu dengan jelas menunjukkan jalur debu planet itu.

“Sudah tiga dekad sejak kali terakhir kami melihat lingkaran yang samar dan berdebu, dan ini adalah kali pertama kami melihatnya dalam inframerah,” kata Heidi Hammel, pakar sistem Neptun dan saintis bagi Webb.

Di luar planet itu sendiri terdapat tujuh daripada 14 bulan gergasi, yang paling ketara ialah Triton. Ini kelihatan hampir seperti bintang kerana Neptun digelapkan dalam pandangan Webb kerana berlaku penyerapan metana pada gelombang inframerah.

Kredit NASA

Triton bagaimanapun, memantulkan purata 70 peratus cahaya matahari yang menerangi permukaan beraisnya supaya ia kelihatan sangat terang.

Terletak 30 kali lebih jauh dari matahari dan Bumi, Neptun mengorbit di kawasan terpencil dan gelap di luar sistem solar.

Berbanding dengan gas gergasi, Musytari dan Zuhal, ia kaya dengan unsur yang lebih berat daripada hidrogen dan helium.

Ini jelas kelihatan dalam warna biru Neptun dengan menggunakan imej Teleskop Angkasa Hubble pada panjang gelombang yang boleh dilihat, ia disebabkan oleh sejumlah kecil gas metana.

Near-infrared Cam (NIRCam) Webb menunjukkan imej objek dalam julat inframerah dari 0.6 hingga 5 mikron, jadi Neptun tidak kelihatan biru daripada balai cerap.

Gas metana sangat kuat menyerap merah dan cahaya inframerah sehinggakan planet ini agak gelap pada gelombang inframerah kecuali jika terdapat awan di altitud yang tinggi.

Imej dari balai cerap lain termasuk Teleskop Angkasa Hubble dan balai cerap W.M. Keck, telah merekodkan ciri awan yang berkembang pesat selama beberapa tahun ini.

Triton mengatasi Neptun dalam imej ini kerana atmosfera planet yang digelapkan oleh penyerapan metana pada gelombang inframerah ini.

Kredit NASA

Triton mengorbit Neptun dalam putaran ke belakang yang luar biasa, menyebabkan ahli astronomi membuat spekulasi bahawa bulan ini pada asalnya adalah objek lingkaran Kuiper yang secara graviti di tangkap oleh Neptun.

NASA berkata kajian tambahan Webb bagi Triton dan Neptun dirancang pada tahun akan datang.

Keupayaan inframerah Webb bermakna ia boleh ‘melihat kembali masa’ dalam tempoh 100 hingga 200 juta tahun dalam kejadian Big Bang. Membolehkan ia merakam gambar bintang pertama yang bersinar di alam semesta lebih daripada 13.5 bilion tahun yang lalu.

Sumber: Daily Mail

Baca: “Rugi Ni Bang,” Penuh Satu Troli, Tiba-tiba “Cashier” Mydin Kata Tak Baloi Bayar Macam Ni

Syed Faisal Sayed Muhammad

Kehidupan itu laksana tenunan yang bersambung menjadi kata- Hamka