Presiden Rusia, Vladmir Putin telah mengarahkan pergerakkan tentera melibatkan 300,000 tentera, pertama kali sejak Perang Dunia Kedua, yang terdiri daripada pasukan anggota simpanan. Presiden negara terbesar di dunia itu berkata, beliau bersedia menggunakan semua cara yang ada untuk melindungi negaranya.
Menurut laporan, pengumuman mengejut itu dibuat apabila Putin mendakwa bahawa Barat sendang cuba untuk menjatuhkan Rusia dengan memberikan sokongan yang berterusan kepada Ukraine.
“Barat cuba melemahkan, memecah belah dan memusnahkan Moscow melalui bantuannya kepada Kiev.
“Kita perlu bertindak melindungi rakyat apabila integriti wilayah kita mula terancam. Hal ini bukan satu tipu muslihat,” dakwanya yang dalam masa yang sama turut mengarahkan penambahan bajet untuk meningkatkan pengeluaran senjata negara itu.
Putin juga berikrar untuk menggunakan semua kemampuan yang dimiliki setelah mendakwa bahawa negara-negara barat turut mengancam untuk menyerang negara itu dengan senjata nuklear.
”Untuk mempertahan Rusia, kami tanpa ragu-ragu bersedia untuk menggunakan semua senjata yang kami ada. Ini bukan cakap-cakap kosong,” katanya lagi.
Memetik Sinar Harian, Menteri Pertahanan, Sergei Shoigu memberitahu bahawa terdapat lebih kurang 300,000 anggota simpanan akan dikerah untuk menyertai pasukan tentera dua ke tiga kali ganda lebih ramai berbanding sebelum ini.
Selain itu, dia juga memaklumkan bahawa terdapat lebih kurang 5,397 tentera Rusia terkorban dalam pertempuran di Ukraine sejak mereka melancarkan operasi ketenteraan di Kiev bermula Februari lalu.
BACA: Gadis Tionghua Hidupkan Seni Melayu, Diangkat Jadi Cikgu Zapin Di Negara China
BACA JUGA: “Jangan Risau Kantoi,” Abang Ni Kongsi ‘Helah’ Nak Ajak Member Pergi Bangkok Secara Percuma
Sumber: Politico, Al-Jazeera, Sinar Harian