Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Telan Kos Cecah RM 22 Bilion, Resort Dengan Replika Bulan Bakal Dibina Di Dubai?

Telan Kos Cecah RM 22 Bilion, Resort Dengan Replika Bulan Bakal Dibina Di Dubai?

Sebuah syarikat pemaju merancang untuk membina resort mewah, The Moon Resort yang diinspirasikan daripada bulan di Dubai, UAE yang dijangka menelan belanja mencecah RM 22 Bilion.

Rekaan resort berkenaan mencuri tumpuan apabila sebuah kubah berbentuk sfera dirancang untuk dibina menyerupai permukaan bulan di bahagian luarnya.

Menurut salah seorang pelabur yang berada di belakang projek ini, Michael Henderson berkata kepada Khaleej Times Dubai, struktur bangunan ini akan diperbuat daripada gentian karbon dan akan meniru permukaan bulan dan kawahnya.

Memetik The Guardian, sekiranya berjaya direalisasikan, resort berkenaan akan menawarkan 4,000 buat suite mewah apabila siap kelak. Selain itu, ia juga akan dilengkapi dengan spa serta 300 butik kediaman peribadi tersedia untuk dimiliki. Terdapat juga pelbagai tarikan yang bertemakan angkasa lepas disediakan seperti teksi rover hop-on hop-off dan spacewalk.

Selain itu, pengunjung juga akan berpeluang merasai pengalaman berjalan di permukaan bulan sambil meneroka koloni bulan yang luas apabila. Selain itu, pengunjung-pengunjung juga berpeluang menyarung sut angkasawan yang dilengkapi dengan ciri-ciri pengurangan graviti Bumi bagi memberikan pengalaman seakan-akan berada di bulan.

Dalam pada itu, pihak pemaju menjangkakan kira-kira 10 juta pengunjung akan mengunjungi tarikan terbaharu Dubai itu setiap tahun.

Selain itu, Moon World Resort juga merancang untuk membina empat lagi resort bulan secara keseluruhan di seluruh dunia termasuk Las Vegas, namun masih belum ada kenytaan rasmi berkaitan hal tersebut.

BACA: Gaji RM10k Tapi Asyik Tak Cukup, Baru Tengah Bulan Dah Habis Sampai Pinjam Member

Sumber: The Guardian