Siakap Keli
Gambar: Daily Mail

Bagi Wang Atau Kepala Dipenggal, Penculik Cimpanzi Hantar Video Ugut, Tuntut Wang Tebusan

Bagi Wang Atau Kepala Dipenggal, Penculik Cimpanzi Hantar Video Ugut, Tuntut Wang Tebusan

Sekumpulan penculik dilaporkan telah meminta sejumlah wang tebusan selepas menculik tiga ekor cimpanzi dari pusat perlindungan Republik Demokratik Congo.

Memetik akbar berita Daily Mail, penculik haiwan tersebut telah menghantar satu video kepada pusat perlindungan Afrika tengah dan mengamcam untuk memenggal kepala haiwan itu jika permintaan mereka tidak ditunaikan dalam kes tebusan yang pertama melibatkan seekor cimpanzi.

Menerusi rakaman tersebut, penculik tersebut memperlihatkan dua ekor cimpanzi, Hussein dan Cesar yang memanjat perabot usang manalaka Monga, merupakan seekor cimpanzi betina diikat dalam sebuah bilik kosong.

Difahamkan, Cesar hanya sempat berada di pusat perlindungan selama beberapa minggu selepas diselamatkan dari sebuah pasar dan dibawa menaiki motor selama tiga hari serta dua penerbangan sebelum sampai ke pusat perlindungan.

Difahamkan, beruk-beruk tersebut telah diculik pada pukul 3 pagi dari pusat perlindungan Jack Primate seluas 14 ekar di Lubumbashi. Namun, bagaimana kumpulan perompak itu berjaya menculik hawain-haiwan ini masih lagi tidak dapat dijelaskan.

Dalam pada itu, pengasas kepada Pusat Pemulihan Jack Primate, Frank Chantereau berkata, mereka telah menerima mesej ugutan tersebut sejak cimpanzi itu diculik hampir dua minggu yang lalu, termasuk ugutan untuk menculik isteri dan anak-anaknya. 

Dalam pada itu, dia juga berkata bahawa mereka mungkin tidak akan dapat bertemu dengan haiwan itu lagi kerana lazimnya pembeli meletakkan harga sebanyak RM51,450 di pasaran gelap bagi seekor anak cimpanzi. 

Oleh itu, Chantereau tidak berniat untuk membayar tebusan tersebut kerana bimbang akan merisikokan lebih banyak kera dalam dunia pada risiko yang lebih besar daripada yang telah sedia ada.

Dia kini sedang bekerjasama dengan agensi penguatkuasa untuk mengesan cimpanzi tersebut bagi mendapatkan mereka semula dalam keadaan selamat.

BACA: Gadis Tionghua Hidupkan Seni Melayu, Diangkat Jadi Cikgu Zapin Di Negara China

BACA: “Jangan Risau Kantoi,” Abang Ni Kongsi ‘Helah’ Nak Ajak Member Pergi Bangkok Secara Percuma

BACA JUGA: “Weh Anak Gajah Dah Datang,” Jadi Tradisi Toksik Sejak Dulu, Ini Antara Buli Lisan Yang Sering Dianggap ‘Gurauan’

Sumber: Daily Mail

Faiz Mustafa

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.