Siakap Keli
maguire kecewa de gea
Gambar: Planet Football/Mirror

Maguire Kecewa Dengan De Gea, Dakwa Punca Dia Kekal Di Bangku Simpanan

Pemain bola sepak Manchester United, Harry Maguire semakin kecewa dengan sikap rakan sepasukan, David de Gea yang menyebabkan dia terus menerus menjadi pemain simpanan oleh pengurus mereka, Erik Ten Hag, lapor Mirror UK.

Maguire dalam masa yang sama terpaksa menerima beberapa tanggungjawab untuk menutup prestasi buruknya dan beliau membuat kritikan secara peribadi mengenai rakan sepasukannya itu.

Memetik ESPN menerusi Mirror, Maguire berasakan beliau ‘tidak dibantu’ oleh jurulatih dan rakan sepasukannya semasa dirinya memegang posisi kapten.

Malah sebahagian daripada ‘kekecewaan’ itu ditujukan khususnya kepada De Gea yang telah ‘mengekalkan’ tempatnya sejak Ten Hag mengambil alih United.

Laporan itu memaklumkan, Maguire berasa marah dengan sifat pemain Sepanyol tersebut yang didakwa kurang berkomunikasi, serta enggan bertahan lebih jauh dari garisan golnya semasa dalam perlawanan.

Ekoran itu dengan ketibaan Martinez dari Ajax Amsterdam telah memperbaiki keadaan apabila pemain Argentina itu dapat berkomunikasi dengan baik dalam bahasa Sepanyol bersama De Gea.

Di sebalik kekecewaan Maguire, beliau didakwa sedang menghampiri musim ‘kejatuhan’ susulan prestasi yang ditunjuk olehnya.

Walaupun semua kesalahan diletakkan di bahu Maguire, De Gea dalam masa yang sama turut mengakui kelemahannya semasa perlawanan bersama Brentford.

Kekalahan itu sebahagian besarnya disebabkan oleh kesalahan yang dilakukan De Gea.

“Saya rasa saya membuatkan pasukan saya kehilangan tiga mata. 

“Ia adalah prestasi buruk daripada diri saya sendiri,” ujarnya selepas kekalahan itu.

Difahamkan, Maguire sudah lama tidak beraksi dalam Liga Perdana England (EPL) sejak United kalah memalukan 0-4 dalam perlawanan kedua musim ini bersama Brentford.

Dalam perlawanan itu, Lisandro Martinez dan Raphael Varane dipilih sebagai gandingan bagi posisi pemain tengah pilihan pertama skuad The Red Devils.

Walau bagaimanapun, itu tidak menghalang Maguire untuk bermain di skuad England dalam perlawanan Nations League yang akan datang.

Namun dimaklumkan amat sukar untuk Maguire merampas kembali tempatnya dalam kesebelasan utama memandangkan pasukan Ten Hag telah memenangi setiap perlawanan domestik semenjak beliau digugurkan.

Permulaan kejatuhannya berlaku di Old Trafford di mana kejatuhan dramatiknya membuatkan kedudukannya bersama England terancam.

Sumber: Mirror UK

Nurhanis

Sesuatu yang dilepaskan secara terpaksa, sakitnya tidak pernah sederhana