Siakap Keli
Suspek Ragut Yang Tular Di Media Sosial
Gambar ; Kosmo

Polis Sahkan Suspek Ragut Yang Tular Di Media Sosial Sudah Didakwa Di Mahkamah

Polis Sahkan Suspek Ragut Yang Tular Di Media Sosial Sudah Didakwa Di Mahkamah

KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah mengesahkan video yang tular memaparkan anggota polis menahan peragut merupakan kejadian yang berlaku pada Hari Kebangsaan bulan lepas.

Menurut Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Noor Dellhan Yahaya berkata, suspek telah ditangkap dan didakwa di mahkamah di Jalan Duta pada 1 September lalu.

“Kejadian pukul 12.30 tengah hari itu dikesan tular di Twitter apabila polis menahan seorang lelaki warga asing berusia 43 tahun setelah disyaki meragut.

“Lelaki tersebut telah ditahan di bawah Seksyen 392 Kanun Keseksaan bagi membantu siasatan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Dalam pada itu, Noor Dellhan mengingatkan orang ramai agar berhati-hati dan tidak terlibat dengan aktiviti melanggar undang-undang.

Hal ini kerana tindakan tegas akan dikenakan jika didapati bersalah.

Sumber : Kosmo

Baca: “Rugi Ni Bang,” Penuh Satu Troli, Tiba-tiba “Cashier” Mydin Kata Tak Baloi Bayar Macam Ni

Anis Annisa

"