Siakap Keli
Wanita Parah Dilanggar Roller Coaster
Gambar: Seven Via Daily Mail

Ambil Telefon Terjatuh Atas Landasan, Wanita Parah Dilanggar Roller Coaster

Ambil Telefon Terjatuh Atas Landasan, Wanita Parah Dilanggar Roller Coaster

Seorang wanita berusia 26 tahun parah selepas dilanggar roller coaster di Royal Melbourne Show, Australia pada Ahad, lapor Daily Mail.

Difahamkan, individu terbabit cuba untuk mengambil telefon bimbitnya yang terjatuh di landasan sebelum dilanggar permainan tersebut.

Menurut Polis Victoria dalam satu kenyataan, pada awalnya wanita terbabit dipercayai berjalan memasuki trek gerabak itu bagi mendapatkan telefonnya yang terjatuh sebelum dilanggar oleh gerabak roller coaster pada sekitar jam 5.45 petang waktu tempatan.

“Sewaktu tiba di lokasi kejadian, kami mendapati, individu itu ditemui terbaring di atas tanah dalam keadaan cedera parah,” katanya.

Gambar: Seven Via Daily Mail

Sementara itu, pihak pengurusan The Royal Melbourne Show mengesahkan kejadian itu dalam satu kenyataan.

“Dalam kejadian itu, tiada sesiapa yang terhumban dari gerabak itu. Kami bekerjasama dengan pihak WorkSafe Victoria dan Polis Victoria untuk menjalankan siasatan lanjut.

“Kawasan itu akan ditutup buat sementara waktu dan akan dimaklumkan kemudian,” katanya.

Pegawai perubatan mengesahkan bahawa wanita terbabit cedera parah pada bahagian muka sebelum dikejarkan ke hospital untuk menerima rawatan lanjut.

Menurut salah seorang saksi kejadian, dia menyatakan bahawa melihat roller coster itu berhenti disusuli dengan jeritan orang ramai.

“Seorang perempuan terjatuh pada bahagian depan gerabak itu dan semua orang yang berada dalam gerabak itu terperangkap selama satu hingga dua jam,” katanya kepada Herald Sun.

Pihak polis kini sedang menjalankan siasatan terhadap kes itu.

Untuk makluman, festival itu merupakan acara tahunan Melbourne yang baru sahaja diadakan semula selepas ditunda selama dua tahun akibat COVID-19.

Sumber: Daily Mail

Iqbal Yasir

Tengah stalk gambar sebelah ke tu?