Siakap Keli
Kredit: AFP

Korea Utara Tembak Peluru Berpandu Balistik, Provokasi Ketibaan Kapal US

Korea Utara dilapor melepaskan tembakan peluru berpandu balistik di luar kawasan pantai timur negara sebagai ujian pertama yang diketahui umum sejak Jun, maklum jurucakap tentera Korea Selatan.

Menurut BBC, tembakan peluru berpandu balistik tersebut berlaku selepas sebuah kapal karier pesawat US tiba di Korea Selatan dalam satu latihan, disusuli lawatan Timbalan Presiden US, Kamala Harris.

Peluru berpandu tersebut dikesan berdekatan dengan Taechon, lebih daripada 100 kilometer (km) dari utara Pyongyang dengan kelajuan kira-kira 600 km dengan ketinggian altitud pada 60 km.

“Pihak ketenteraan kami dalam posisi bersedia dan memiliki kerjasama yang utuh bersama pihak US ketika kami sedang meningkatkan pemantauan dan kewaspadaan,” kata mereka dalam satu kenyataan.

Kerajaan Korea Selatan mengatakan bahawa pelancaran peluru tersebut disifatkan sebagai satu tindakan provokasi yang teruk.

Hal ini kerana Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) telah menegaskan larangan terhadap Korea Utara daripada melakukan ujian senjata nuklear dan balistik.

Pelancaran tersebut dikesan oleh pihak lain selain

Dalam pada itu, pengawal pantai Jepun turut mengesahkan kewujudan pelancaran tersebut dan memberikan amaran kepada kapal-kapal untuk meningkatkan kewaspadaan.

Menteri Pertahanan Tokyo berkata, peluru berpandu tersebut telah mencapai altitud maksimum kira-kira 50 km dan telah jatuh ke perairan timur Korea Utara serta di luar zon ekonomi Jepun.

“Ini merupakan cara Korea Utara untuk menunjukkan penentangan terhadap sekutu US,” Soo Kim, seorang penganalisis daripada Syarikat Rand, memberitahu pihak AFP.

Hubungan rapat Korea Selatan – US

Kredit: AFP

USS Ronald Reagan yang dikuasakan oleh nuklear telah berlabuh di sebuah bandar pelabuhan  yang terletak berdekatan selatan Busan pada Jumaat. Kapal ini mengambil bahagian dalam sebuah latihan bersama di Pantai Timur Korea Selatan.

Latihan-latihan yang dihadapi adalah bertujuan untuk mengekalkan keamanan dan kestabilan di Semenanjung Korea.

Selain itu, Harris akan melawati Korea Selatan dalam beberapa hari sebagai sebahagian daripada perjalanan yang dilakukannya di wilayah tersebut termasuklah pengebumian bekas Perdana Menteri Jepun, Shinzo Abe.

Kadar ketegangan yang terdapat pada Semenanjung Korea telah meningkat sejak beberapa tahun lepas. Perkara ini dikeruhkan dengan tindakan Pyongyang yang melancarkan beberapa tembakan peluru berpandu balistik.

Presiden Korea Selatan, Yoon Suk-yeol, yang mula menggalas jawatan pada bulan Mei lalu, telah menjanjikan pendirian yang lebih tegas terhadap Korea Utara dan menunjukkan hubungan yang lebih erat dengan US.

Pada awal bulan ini, Korea Utara telah luluskan sebuah undang-undang yang mengisytiharkan diri mereka sebagai negara senjata nuklear. Ketua mereka, Kim Jong -un telah menolak segala kemungkinan perbincangan mengenai denuklearisasi.

Untuk makluman, Pyongyang telah menjalankan enam ujian nuklear bermula pada 2006 sehingga 2017.

Kredit: BBC

Sumber: BBC

Nur Syahirah Zainoor Hisham

Everyone has their own perspective, there’s nothing strange about that - Thoma