Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Galas Sampai Sekolah, Budak Terkejut Buka Beg Ada Ular Tedung ‘Berehat’ Celah Buku

Nurhanis
Terasa ‘sesuatu’ lembut, seorang pelajar perempuan terkejut apabila melihat seekor ular tedung selar berada di antara buku-bukunya di dalam beg galasnya
Gambar: Tangkap Layar Video

Galas Sampai Sekolah, Budak Terkejut Buka Beg Ada Ular Tedung ‘Berehat’ Celah Buku

Terasa ‘sesuatu’ lembut, seorang pelajar perempuan terkejut apabila melihat seekor ular tedung berada di celah buku-buku di dalam beg galasnya, lapor India.com.

Kejadian yang berlaku di sebuah sekolah di Madhya Pradesh, India itu mengejutkan ramai pihak dan mencetuskan suasana cemas di antara guru dan pelajar.

Insiden berkenaan dilaporkan berlaku pada 22 September lalu, namun rakaman kejadian berkenaan baru menjadi tular sejak semalam.

Pelajar berkenaan, Uma Rajak memaklumkan kepada guru bahawa dia merasakan ada sesuatu yang lembut dan bergerak di dalam beg galasnya.

Kemudian, gurunya bertindak untuk membuka zip dan mengosongkan kandungan beg Rajak di taman permainan.

Setelah buku-buku sekolah dikeluarkan, seekor ular tedung mula merayap keluar sehingga menyebabkan orang ramai terkejut serta panik di tempat kejadian. Ular yang dipercayai berukuran setengah kaki panjang jatuh itu ke atas tanah dan segera menghilangkan diri ke dalam semak.

Difahamkan, ular merupakan makhluk yang licik dan mampu untuk menyelinap masuk ke tempat yang kecil dan rumit sehingga orang ramai tidak perasan akan kehadirannya.

BACA: Kejayaan NASA Lancar Kapal Angkasa Hentam Asteroid Disiar Secara Langsung

BACA: Ada Yang Pertikai Bahaya, Klubna Laleh ‘Bongkar’ Sendiri Dokumen Sulit Produk Sejak 5 Tahun Lalu

BACA: Bot Pelarian Syria Karam, Sekurang-Kurangnya 94 Maut Termasuk 24 Kanak-Kanak

Sumber: India.com