“Minum Dua Liter Air Kosong..,” Kekal Cantik Di Usia 43 Tahun, Sarimah Ibrahim Kongsi Rahsia Awet Muda
Memilliki rupa paras yang kekal awet muda merupakan idaman setiap orang khususnya kepada golongan wanita di luar sana.
Seiring umur yang kian meningkat, wajah seseorang akan tampak lebih lesu dan tompok kedutan pasti akan muncul. Perkara ini mampu memberikan kesan kepada individu dalam menjalani kehidupan seharian.
Lebih-lebih lagi sekiranya wajah ‘awet muda’ akan memberikan kita lebih keyakinan untuk berdepan dengan dunia luar. Oleh itu, penjagaan kulit sejak peringkat awal amatlah penting agar kekal kelihatan muda dan bertenaga.
Bercakap mengenainya, baru-baru ini ramai yang memperkatakan mengenai selebriti dan pengacara, Yang Mulia Che Puan Sarimah Ibrahim yang tampil seperti ‘remaja’ walaupun sudah berusia 43 tahun kerana wajahnya yang kekal awet muda.
Dalam satu ciapan di Twitter, beliau telah berkongsikan rahsia yang sering diamalkannya untuk kekal kelihatan menawan dan sihat selepas ditanya oleh netizen.
Menurutnya, dia telah mengamalkan dua liter air kosong setiap hari dan minum latte oatmilk sebelum bersenam.
“40 minit kardio kaw kaw, tujuh jam tidur. Bernafas secara dalam ke bawah perut,” katanya.
Tambahnya lagi, elakkan memakai foundation setiap hari dan rajin mencuci muka setiap malam sebelum tidur serta gunakan produk yang mempunyai SPF 50 plus.
Tips Sarimah Ibrahim
2 litres of plan water. Everyday. One oatmilk latte before cardio. 40mins cardio kaw kaw. Sleep 7 hours. Pray. Breathe deep into your lower stomach. Dont wear foundation most days. Wash face every night before bed. Use loadsss of SPF 50 plus. ❤️
— Sarimah Ibrahim (@sarimahi) September 26, 2022
Untuk makluman, tweet itu telah mendapat lebih 2,600 Retweets dan lebih 5,000 tanda ‘Suka’ di media sosial Twitter. Rata-rata warganet memberikan reaksi positif dan kagum dengan tips yang diamalkan oleh beliau.
Terdahulu, Sarimah mencuri tumpuan selepas membuat kemunculan istimewa di rancangan Gegar Vaganza Musim Ke-9 pada Ahad lalu.
Sumber: Twitters Sarimah Ibrahim
BACA JUGA: ‘Cinta Tak Kenal Rupa’, Lelaki Miliki Genetik Unik Nikahi Gadis Cantik