Siakap Keli
Gambar: AFP

Paip Utama Salur Gas Rusia Ke Eropah Bocor, Amerika Sedia Hulur Bantuan Kepada EU

Pegawai Kanan Rumah Putih memaklumkan Amerika Syarikat (US) bersedia membantu sekutu Eropah selepas kebocoran meletus dari saluran paip Nord Stream 1 dan 2 yang membawa gas Rusia ke Eropah Barat, lapor AFP.

“Saya tidak akan membuat spekulasi mengenai puncanya dan saya tahu rakan kongsi Eropah kami sedang menyiasat.

“Kami bersedia untuk memberikan sokongan kepada usaha mereka,” kata pegawai yang tidak mahu menyiarkan namanya.

Beliau berkata kerjasama ini adalah untuk membantu rakan sekutunya dalam usaha untuk mengurangkan penggunaan gas di masa hadapan.

“Ini hanya membawa pulang kepentingan usaha kami untuk bekerjasama mendapatkan bekalan gas alternatif ke Eropah.

“Serta untuk menyokong usaha mengurangkan penggunaan gas dan mempercepatkan kebebasan tenaga sebenar dengan beralih kepada ekonomi tenaga bersih,” katanya lagi.

Terdahulu, tiga kebocoran misteri dalam dua saluran paip gas utama, Nord Stream 1 dan 2 antara Rusia dan Eropah telah berlaku sehingga negara-negara Eropah menyiasat mengenai kebocoroan yang dialami.

Kebocoran itu dikatakan belum pernah berlaku sebelum ini dan pihak berkuasa tidak menolak bahawa ‘sabotaj’ telah berlaku.

Sumber: AFP

Nurhanis

Sesuatu yang dilepaskan secara terpaksa, sakitnya tidak pernah sederhana