Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Naib Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Malaysia, Dr Mohammed Taufiq Johari berkata Program MADANI Kita bukan sahaja menjadi platform mendekatkan kerajaan dengan rakyat, malah turut menyaksikan pelbagai bentuk bantuan disalurkan kepada komuniti di Sungai Petani.
Katanya dalam satu hantaran di Facebook hari ini, beliau menghargai kehadiran orang ramai yang memeriahkan Program MADANI Kita yang berlangsung di Padang Awam Bandar Puteri Jaya.
“Terima kasih kepada semua orang Sungai Petani yang berkunjung ke Program MADANI Kita di Padang Awam Bandar Puteri Jaya hari ini.
“Ini program untuk seluruh lapisan masyarakat. Ada zoo mini, pertandingan tarik tali, gerai-gerai jualan dan reruai agensi kerajaan, termasuk pemeriksaan kesihatan dan nasihat guaman,” katanya.
Menurut beliau, program itu turut menjadi medan penyampaian pelbagai sumbangan kepada komuniti setempat menerusi beberapa inisiatif MADANI.
Ujarnya, sebanyak RM500,000 disalurkan kepada Kampung Bukit Kechil yang dipilih sebagai Kampung Angkat MADANI, manakala SJK(T) Taman Keladi menerima RM100,000 sebagai Sekolah Angkat MADANI.
Selain itu, beliau berkata RM200,000 turut diperuntukkan menerusi Dana Program Santuni MADANI kepada Kampung Batu Dua.
Di peringkat Parlimen pula, menurut Dr Mohammed Taufiq, sebanyak RM165,000 disumbangkan bagi penyediaan barangan keperluan untuk Masjid Bandar Puteri Jaya, Surau Al-Farihin, Masjid Bandar Perdana dan Masjid Teluk Wang.
Beliau berkata antara objektif utama Program MADANI Kita adalah untuk merapatkan hubungan antara kerajaan dan rakyat melalui penyampaian perkhidmatan serta bantuan secara terus kepada masyarakat.
“Antara objektif utama Program MADANI Kita adalah untuk mendekatkan kerajaan dengan rakyat, dan bagi saya objektif ini telah tercapai hari ini,” ujarnya.