Siakap Keli
Gambar : DailyStar

Wanita Kritikal Selepas Anjing Kesayangan Berak Tepat Dalam Mulut Ketika Tengah Tidur

Wanita Kritikal Selepas Anjing Kesayangan Berak Tepat Dalam Mulut Ketika Tengah Tidur

ENGLAND – Seorang wanita dimasukkan ke hospital selepas anjing peliharaan milik anak perempuannya berak dalam mulutnya ketika dia sedang tidur, lapor Daily Star.

Dilaporkan, mangsa, 51 sedang tidur ketika kejadian. Secara tiba-tiba, anjing chihuahua miliknya bernama Belle yang difahamkan mengalami cirit birit membuang air besar di mukanya.

Ekoran daripada kejadian itu, mangsa dilaporkan terpaksa dimasukkan ke hospital selepas mengalami jangkitan gastrousus.

“Saya tiba-tiba merasakan sesuatu memancut di dalam mulut saya sebelum segera berlari ke tandas untuk membasuhnya.”

Gambar : Daily Star

“Ia menjijikkan dan walau saya meludah banyak kali selama berjam-jam selepas itu, rasa tersebut tidak dapat dihilangkan dari mulut saya,” menurut mangsa.

Dilaporkan, anak anjing itu sebelumnya telah disahkan mengalami sakit perut oleh doktor haiwan dan diberikan antibiotik.

Susulan dari kejadian itu, mangsa turut menunjukkan simptom yang sama seperti anjing tersebut sebelum segera menghubungi paramedik ke rumahnya.

Kemudian, paramedik dilaporkan memberinya ubat tahan sakit untuk kekejangan perut yang dialami dan mengarahkannya untuk minum air dengan banyak bagi mengeluarkan kebarangkalian jangkitan.

Selepas 48 jam berlalu, keadaan mangsa dilaporkan semakin teruk dan jangkitan kuman telah merebak ke seluruh badannya.

Ibu kepada wanita tersebut terus menghubungi ambulans untuk membawanya ke Hospital bagi mendapatkan rawatan lanjut.

Gambar : DailyStar

Doktor segera masukkan air ke dalam badannya dan menahannya di hospital selama tiga hari kerana dilaporkan telah kehilangan banyak cecair dalam badan.

Pihak hospital telah mengsesahkan bahawa dia dijangkiti gastrousus disebabkan najis anjing yang masuk ke mulutnya beberapa hari sebelumnya.

“Semasa di hospital, saya tidak boleh makan apa-apa. Kekejangan semakin teruk sehingga saya dapat merasakannya di seluruh badan saya termasuk kaki saya,” katanya.

“Mereka menghantar ambulans untuk kali kedua, dan badan saya sangat kurang air kerana mengalami cirit-birit sehingga buah pinggang saya kecut separuh saiznya.

Doktor menyatakan bahawa mangsa dijangkiti gastrousus yang disebabkan oleh anjing membuang air besar dalam mulut.

Menurut pihak hospital, mereka tidak pernah menerima kes seperti itu sebelum ini.

“Saya telah minum dua Lucozade sehari, teh dan banyak air sejak kejadian tersebut.

“Saya gembira untuk mengatakan bahawa saya dan Belle dalam keadaan baik,” tambah mangsa.

 

Sumber : Daily Star

Baca: “Rugi Ni Bang,” Penuh Satu Troli, Tiba-tiba “Cashier” Mydin Kata Tak Baloi Bayar Macam Ni

Anis Annisa