Siakap Keli
Ingatkan Kangkung
Gambar via Pexels

Ingatkan Kangkung, Wanita Alami Pening-pening & Loya Selepas Silap Pesan, Makan Sup Daun Ganja Di Thailand

Ingatkan Kangkung, Wanita Alami Pening-pening & Loya Selepas Silap Pesan, Makan Sup Daun Ganja Di Thailand

Seorang wanita warga Singapura mengalami pengalaman ngeri ketika dia bercuti di Thailand apabila dia tersilap memesan hidangan yang mengandungi daun ganja, ketika bercuti bersama ibu mertua, suami dan dua anaknya. Dia pada mulanya menyangka sayuran hijau yang ditunjukkan dalam ilustrasi hidangan itu adalah kangkung.

Memetik laporan The Straits Times menerusi Next Shark, dia memesan satu hidang Thai yang unik berupa sup sayur di sebuah hotel di Chiang Rai. Disebabkan sangat menggemari hidangan tersebut, wanita berkenaan dilaporkan memesan hidangan yang sama sebanyak dua kali.

Namun, setelah dia menikmati hidangan tersebut, pada sebelah malamnya wanita tersebut mula merasa loya dan mengantuk sehingga dilaporkan tertidur.

Keesokan pagi, dia kemudian berkunjung semula ke restoran tersebut untuk bertanya mengenai hidangan yang dipesan sebelum ini. Dia terkejut apabil pihak restoran memberitahu kepadanya bahawa apa yang dia pesan itu bukanlah sayur kangkung seperti yang disangkanya tapi sebaliknya merupakan daun ganja.

“Saya melihat semua dengan lebih teliti hidangan tersebut dalam menu dan melihat imej kecil daun ganja di sebelah gambar hidangan tersebut.

“Kami agak terkejut kerana tidak menyangkan ia dihidangkan seakan menu yang biasa dipesan. Sebelum ini, kami ada mendengar ganja yang diletakkan dalam gula-gula dan minuman tapi tidak dalam hidangan seperti itu.

“Jika saya perasan logo yang berada disebelah gambar hidangan itu, sudah pasti saya tidak akan memesannya sama sekali. Ia kelihatan seperti sup sayur biasa, seperti kangkung,” jelasnya.

Dalam pada itu, dia berasa lega kerana anak-anaknya tidak makan hidangan tersebut.

BACA: Gadis Tionghua Hidupkan Seni Melayu, Diangkat Jadi Cikgu Zapin Di Negara China

Sumber: Next Shark via Yahoo

Faiz Mustafa