Siakap Keli
raihan nyanyi reyhan syulit
Tangkap layar TikTok

Terus Buat Akaun TikTok Lepas ‘Diseru’, Raihan Nyanyi ‘Reyhan Syulit’ Versi Nasyid

Sejak kebelakangan ini, rakyat Malaysia dihantui oleh lagu Reyhan Syulit sehingga ramai mengambil kesempatan memparodikan lagu viral tersebut ekoran viral di ‘telinga’ warganet.

Tidak ketinggalan, kumpulan penyanyi nasyid legenda Raihan hari ini juga turut menyertai ‘trend’ yang telah tular di media sosial berkenaan Reyhan Sulit dengan langkah pertamanya iaitu membuat akaun TikTok buat pertama kali.

Seolah-olah seakan diseru oleh Reyhan Syulit, kumpulan Raihan akhirnya membuat akaun Tiktok @raihannasheedofficial dengan video permulaannya memaparkan suasana khusyuk mereka mendengarkan nyanyian wanita itu.

Video pertama Raihan di Tiktok dimuat naik kira-kira 15 jam yang lalu (mengikut waktu setakat artikel ini ditulis) dengan kapsyen ringkas yang berbunyi, “Raihan menonton Reyhan. Begitu Syulit,”

Tindakan Raihan membuat akaun TikTok itu dikatakan agak spontan kerana dipercayai seiring dengan trending Reyhan Syulit hingga video pertama mereka itu sudah ditonton sebanyak satu juta tontonan.

@raihannasheedofficial

Raihan menonton Reyhan. Begitu syulit. #reyhan #begitusyulitlupakanrehan #raihan#garismasaraihan

♬ Begitu Sulit Lupakan Raihan – Audio Library

Raihan nyanyi Reyhan Syulit

Sejajar dengan ‘seruan’ Reyhan Syulit yang kian mendominasi telinga warganet termasuk mereka sendiri, akhirnya Raihan tekad menyahut ‘panggilan’ wanita itu menerusi video kedua mereka.

Tidak lama kemudian, Raihan memuat naik videonya menyanyikan lagu Reyhan Syulit versi nasyid sehingga ada yang mengatakan Raihan Malaysia menyanyikan lagu Reyhan versi Indonesia.

@raihannasheedofficial

Sulit sungguh lupakan Rehan. Lagi2 Rehan baik kan. #reyhan #begitusyulitlupakanrehan #raihan #garismasaraihan #rehan

♬ original sound – Raihan Nasheed Official – Raihan Nasheed Official

Ujar Raihan selepas menyanyi lagu itu, mereka meminta orang ramai untuk mengikuti akaun TikTok itu supaya tidak ketinggalan dalam perkembangan mengenai mereka dari semasa ke semasa.

Rata-rata peminat meninggalkan komentar positif  dan memberi sokongan kepada kumpulan nasyid itu serta kemungkinan ramai yang menunggu Raihan untuk memberi ‘tindak balas’ mengenai lagu itu susulan namanya sama.

“Haa tu dia. Raihan halal mode dah keluar,” kata salah seorang yang memberi komen.

“Mungkin inilah Raihan yang dimaksudkan,” ujar pemberi komen lagi.

Sebelum ini, satu video Tiktok akaun milik @binirehan1 menyanyikan lagu ciptaannya sendiri yang diberi tajuk Reyhan Syulit sehingga tular di media sosial.

Jangan lupa temui Raihan November ini

Dalam pada itu, kumpulan ‘otai’ tersebut turut membawa perkhabaran gembira buat peminatnya di mana pada tahun ini mereka akan mengadakan konsert ‘comeback’ pada bulan November depan.

Menurut perkongsian di akaun Instagram rasmi Raihan (@raihannasheedofficial) baru-baru ini, difahamkan kumpulan nasyid lagenda itu bakal buat ‘comeback’ dalam satu konsert beberapa bulan lagi.

Konsert yang dinamakan sebagai GARIS MASA RAIHAN 2022 itu akan berlangsung pada 26 November ini (Sabtu), bertempat di Stadium Malawati Shah Alam. Harga tiket bermula daripada RM59 sehingga RM500.

Sumber: Tiktok / Raihan

Nurhanis

Sesuatu yang dilepaskan secara terpaksa, sakitnya tidak pernah sederhana