Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Wanita Batal Niat Terjun Jambatan, Selepas Dipujuk Orang Awam

Faiz Mustafa
Wanita berpurdah

Wanita Batal Niat Terjun Jambatan, Selepas Dipujuk Orang Awam

Seorang wanita membatalkan niatnya untuk terjun dari Jambatan Sultan Yahya Petra setelah dipujuk oleh orang awam yang lalu di kawasan tersebut pada Rabu, 28 September 2022, kira-kira 1.40 petang.

Menurut laporan, wanita tersebut yang berusia 54 tahun dipercayai cuba memanjat tembot pada jambatan tersebut sebelum berjaya diselamatkan oleh orang ramai yang lalu di kawasan itu.

Difahamkan, saksi kejadian, Suhailan Zakaria, 28, berkata, dia melihat beberapa orang lelaki telah menahan dan memegang wanita tersebut sambil menangis sebaik sahaja dia melintasi jambatan tersebut dengan menaiki motosikal.

Setelah melihat kejadian itu, dia terus bertindak memberhentikan motosikalnya dan terus bergegas mendapatkan wanita itu dan memeluknya sambil menyuruhnya untuk mengucap dan bersabar.

“Semasa memeluknya, saya sempat bertanya apa yang membuatkan dia mahu terjun dari jambatan itu, namun wanita itu hanya menangis dan mengatakan dirinya jahat.

“Semasa memujuknya, saya sempat menasihatkan wanita itu agar berfikiran waras meskipun mempunyai masalah besar,” katanya, memetik laporan Kosmo.

Dalam pada itu, setelah beberapa minit memujuk wanita itu, kebetulan sebuah kenderaan polis lalu dan berhenti di kawasan tersebut membawa wanita itu. Kenderaan bomba juga tiba selepas itu, namun wanita itu telah pun dibawa oleh pihak polis.

BACA: Gadis Tionghua Hidupkan Seni Melayu, Diangkat Jadi Cikgu Zapin Di Negara China

Sumber: Kosmo