Siakap Keli

Berehatlah Dengan Kenikmatan KitKat Dark Bar Dengan Perisa Oren Australia Selatan

Berikutan kejayaan pelancaran KitKat® Bar yang amat popular, NESTLÉ kini tampil dengan satu lagi varian yang penuh nikmat, KitKat® Bar Dark dengan Perisa Oren Australia Selatan.

Diperbuat di Australia dengan bahan-bahan premium dari wilayah tempatan yang terkenal dengan hasil tanamannya, buah “blood orange’ yang ditanam di Riverland dan Sunraysia Australia Selatan ini, diadun untuk mencipta coklat gelap oren yang lazat. KitKat® Bar Dark dengan Perisa Oren Australia Selatan telah menggabungkan perisa tempatan Australia yang unik dengan kekayaan rasa coklat gelap, menghasilkan gandingan perisa yang cukup istimewa. Lebih menggoda selera, corak ‘pusaran’ adunan ini juga boleh dilihat pada bar coklat itu sendiri!

Rasai tahap kepuasan yang baharu pada waktu rehat anda dengan setiap 11 jejari bar coklat. Varian baharu ini mempunyai keseimbangan kemanisan dan kepahitan yang sempurna, bersama wafer rangup terkenal KitKat® yang disalut dengan ‘pusaran’ istimewa kekayaan coklat gelap dan oren.

Dibalut dalam pembungkusan premium matte yang boleh ditutup semula, KitKat® Bar Dark dengan Perisa Oren Australia Selatan boleh dikongsi bersama rakan-rakan, atau dinikmati sendiri ketika ‘me time’, yang pasti membawa senyuman

Frédéric Porchet, Pegawai Eksekutif Perniagaan untuk Konfeksi, Nestlé Malaysia dan Singapura berkata, “Kami berbesar hati untuk menawarkan KitKat® Bar Dark baharu varian Oren Australia Selatan kepada pengguna kami di Malaysia. Ia adalah ciptaan yang pertama di Malaysia, menawarkan wajah baharu dengan corak marmar yang inovatif dengan adunan unik coklat gelap serta coklat oren. Varian baharu ini pasti mengujakan penggemar coklat dengan keenakan yang boleh dinikmati di mana jua – sama ada di rumah, mahupun ketika beriadah bersama rakan-rakan. Kami pasti pengguna kami akan menikmati varian KitKat® Bar baharu, yang rasanya lazat, secantik rupanya!”

KitKat® Bar Dark baharu dengan Perisa Oren Australia Selatan boleh didapati di kedai runcit terkemuka di seluruh Malaysia serta beberapa laman e-dagang terpilih. Untuk maklumat lanjut, layari www.facebook.com/KitKatMalaysia dan www.instagram.com/KitKatMalaysia

Berehat bersama KitKat® dan jadikan setiap detik coklat lebih mengujakan dengan KitKat® Bar serba baharu!

#KitKatMalaysia

#IndulgeInKitKatBar#HaveABreakHaveAKitKat

Amira

Love yourself.