Siakap Keli
Apple Terpaksa Kurangkan Pengeluaran iPhone 14
Gambar: MacRumors

Kurang Dapat Sambutan, Apple Terpaksa Kurangkan Pengeluaran iPhone 14 Kepada 6 Juta Unit

Kurang Dapat Sambutan, Apple Terpaksa Kurangkan Pengeluaran iPhone 14 Kepada 6 Juta Unit

Apple telah mengurangkan pengeluaran siri iPhone 14 terbaru selepas jangkaan permintaan meleset, lapor Bloomberg.

Menurut laporan Bloomberg, Apple telah memberitahu pembekal untuk mengurangkan pengeluaran ‌iPhone 14‌ sehingga 6 juta unit pada separuh kedua tahun ini.

Apple dilaporkan telah meningkatkan promosi jualan dalam beberapa minggu sebelum pelancaran ‌iPhone 14‌, tetapi difahamkan permintaan yang diharapkan tidak setinggi yang dijangkakan.

Disebabkan itu, Apple kini menyasarkan untuk hanya menghasilkan 90 juta telefon bimbit.

Jumlah tersebut merupakan sama seperti yang dihasilkannya pada 2021 dan sejajar dengan ramalan asal Apple pada musim panas ini.

Dilaporkan berdasarkan beberapa minggu kebelakangan ini, permintaan untuk model iPhone 14 Pro adalah lebih tinggi berbanding iPhone 14.

Walaupun harganya lebih rendah namun Apple dilaporkan telah mengarahkan pembekal untuk menukar kapasiti pengeluarannya daripada iPhone peringkat permulaan kepada model premium.

Difahamkan, kemerosotan ekonomi China juga memberi kesan kepada jualan Apple terutamanya model iPhone 14.

Dalam tiga hari pertama penjualan, berlaku penurunan sebanyak 11 peratus pada siri iPhone 13 tahun lepas.

Secara lebih meluas, inflasi yang melonjak, kebimbangan kemelesetan, dan perang di Ukraine memberi kesan kepada permintaan global untuk elektronik pengguna.

Tambahan lagi, pasaran telefon pintar dijangka menyusut sebanyak 6.5 peratus tahun ini kepada 1.27 bilion unit, menurut Bloomberg daripada penjejak pasaran IDC .

Sumber : MacRumors

Baca: “Rugi Ni Bang,” Penuh Satu Troli, Tiba-tiba “Cashier” Mydin Kata Tak Baloi Bayar Macam Ni

Anis Annisa