Siakap Keli

“Nak Kekalkan Harga, Tapi Kos Bahan Makin Mahal,” Dilema Peniaga Perlu ‘Telan’ Takut Pelanggan Lari dan Bisnes Lingkup

Sejak kebelakangan ini, sudah pasti korang pun merasa kesan kenaikan pelbagai harga barang. Situasi tersebut terpaksa dihadapi oleh semua golongan masyarakat. Samalah situasinya ketika korang makan di kedai, lebih-lebih lagi jika bersama keluarga. Sekeping RM50 sudah pasti akan habis malahan berpotensi jadi tidak cukup dan perlu menambah lagi sekeping RM50.

Hendak disalahkan peniaga pun tidak boleh juga, mereka  turut terkesan dengan kenaikan harga barang. Jadi serba tidak kena, mungkin itulah dilema yang selalu membayangi pemikiran peniaga yang juga terkesan dengan kenaikan harga barang. Apa tidaknya, kalau nak naikkan harga, pelanggan pula mengeluh sehingga lari ,dan tidak berkunjung lagi ke kedai itu.

Nak kekalkan harga pula, kos bahan  makin mahal. Kalau dikekalkan harga, sudah pasti boleh menyebabkan kerugian. Lebih takut kalau bisnes yang diusahakan boleh ‘lingkup’ sekelip mata hanya kerana ingin mengekalkan harga pada kadar yang rugi.

Walau bagaimanapun, jangan tidak tahu bahawa kerajaan sangat memahami keperitan yang dihadapi rakyat khususnya dalam kalangan peniaga. Terdapat pelbagai inisiatif yang dilaksanakan bagi membantu mereka yang terjejas. Antaranya ialah Kemudahan Bantuan Dan Pemulihan Bersasar (TRRF).

Kemudahan Bantuan Dan Pemulihan Bersasar (TRRF)

TRRF merupakan  kemudahan pembiayaan yang diwujudkan oleh Bank Negara Malaysia (BNM) untuk menyalurkan bantuan dan sokongan pemulihan kepada PKS dalam sektor perkhidmatan yang terjejas berikutan pelaksanaan semula langkah-langkah pembendungan, kecuali subsektor pelancongan dan subsektor berkaitan pelancongan.

Melalui TRRF yang dipertingkat, PKS boleh menggunakan sehingga 30% daripada pembiayaan yang diluluskan untuk bayar balik pembiayaan perniagaan yang sedia ada. Kemudahan ini juga ditawarkan pada kadar sehingga 3.5% setahun dan tersedia melalui institusi kewangan beserta, dengan perlindungan jaminan oleh Credit Guarantee Corporation (CGC) atau Syarikat Jaminan Pembiayaan Perniagaan (SJPP). Untuk maklumat lanjut, boleh ikuti ringkasan di bawah  bagi membantu korang memahaminya.

Siapa Yang Layak Memohon TRRF

Bantuan pembiayaan ini  dikhususkan kepada PKS* dalam sektor perkhidmatan yang terjejas berikutan pelaksanaan semula langkah-langkah pembendungan COVID-19 sejak bulan Jun 2022 . Antara sektor perkhidmatan yang dimaksudkan adalah:

  1. Perkhidmatan peribadi (cth. membaiki komputer / barangan isi rumah, dobi, dandanan rambut, kecantikan)
  2. Aktiviti perkhidmatan makanan dan minuman
  3. Aktiviti kesihatan manusia dan kerja sosial
  4. Seni, hiburan dan rekreasi
  5. Perdagangan borong dan runcit
  6. Perkhidmatan perniagaan (contoh: aktiviti profesional, saintifik dan teknikal; pentadbiran dan aktiviti perkhidmatan sokongan)

Selain itu, Penerima Kemudahan Bantuan Khas (SRF) dan Pembiayaan PKS PENJANA (PENJANA SME Financing, PSF) layak untuk memohon TRRF sehingga had agregat sebanyak RM500,000 bagi setiap PKS. Walau bagaimanapun, bagi PKS dalam subsektor perkhidmatan pelancongan dan berkaitan pelancongan yang layak boleh memohon pembiayaan di bawah Pembiayaan Pelancongan PENJANA.

Anda juga boleh mendapatkan maklumat lanjut mengenai kemudahan ini, pada pautan INI.

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.