Siakap Keli
Hisap & Tanam Ganja Sebab Nak Lupakan Kesedihan
Sumber : Detiknews

Dua Lelaki Ditahan Polis, Dakwa Hisap & Tanam Ganja Sebab Nak Lupakan Kesedihan

Dua Lelaki Ditahan Polis, Dakwa Hisap & Tanam Ganja Sebab Nak Lupakan Kesedihan

INDONESIA – Dua lelaki berjaya ditahan polis di Tamansari dan Ciomas, Kabupaten Bogor, Jawa Barat kerana didapati memiliki pokok ganja, lapor Detiknews.

Dilaporkan suspek yang ditahan berusia 54 tahun manakala seorang lagi berusia 42 tahun.

“Ketika ini Unit Narkotik Polis Bogor sedang menyiasat dua suspek yang menyalahgunakan narkotik dengan menanam narkotik pokok ganja itu.”

“Pada mulanya, suspek membeli ganja dan kemudian mendapatkan benih untuk ditanam,” kata Ketua Polis Bogor Ajun Kanan kepada pemberita pada sidang media di Mapolsek Bogor, Khamis (29/9/2022).

Ketua Narkotik Polis Bogor AKP M Ilham berkata, salah seorang suspek mendakwa dia sedang mengalami kesedihan.

Mengetahui berkenaan perkara itu, seorang lagi suspek kemudiannya mengajaknya untuk menghisap serta menanam ganja sebagai satu cara untuk mengisi kekosongan waktu seterusnya melupakan kesedihan.

“Mereka menghisap dadah jenis ganja. Kemudian salah seorang suspek berusia 54 tahun ini memberitahu kepada seorang lagi suspek bahawa dia sedang dalam kesedihan.

“Kemudian seorang lagi suspek berusia 42 tahun mengambil inisiatif dengan menghulurkan ganja untuk dihisap dan ditanam bagi mengisi aktiviti dan tidak lagi bersedih,” kata Ilham.

Ilham menambah bahawa salah isteri salah seorang suspek tersebut telah meninggal dunia manakala anak-anaknya pula telah meninggalkannya. Disebabkan itulah suspek kesedihan.

“Dulu dia mempunyai keluarga, tetapi isterinya meninggal, anaknya pula meninggalkannya. Ekoran dari itu, dia mencari aktiviti untuk mengisi masa lapang bagi melupakan kesedihannya,” katanya.

Mereka pada asalnya membeli ganja untuk dihisap dan kemudian biji benih ganja tersebut ditanam oleh suspek.

“Beberapa biji benih ganja ditanam, dapat dilihat ada pelbagai saiz. Biji ganja ditanam dan tumbuh sekitar 1 meter. Pokok ini ada bijinya lagi, ditanam lagi dalam polybag,” ujarnya.

Difahamkan, terdapat tujuh pokok ganja yang ditanam di halaman belakang rumah suspek.

Sumber : Detiknews

“Kita berjaya merampas tujuh pokok ganja daripada suspek. Berdasarkan pemilikan, ini harta bersama. Mereka tanam ganja di belakang rumah, ditanam di Daerah Tanjungsari,” jelasnya.

Dilaporkan, kedua-dua suspek tertakluk kepada Pasal 111 dan 114 Undang-Undang Nomor 35 Tahun 2009  Narkotika.

Suspek juga bakal berhadapan hukuman penjara minimum 5 tahun, maksimum 20 tahun dengan denda minimum Rp 1 bilion (RM305,115.99) dan maksimum Rp 10 bilion (RM3,051,159.91).

Sumber : Detiknews

Baca: “Rugi Ni Bang,” Penuh Satu Troli, Tiba-tiba “Cashier” Mydin Kata Tak Baloi Bayar Macam Ni

Anis Annisa