Siakap Keli
Gambar : Suara.com

Taktik ‘Roket’ Dadah Terbongkar, Polis Temui 8.09 Gram Heroin Dalam Dubur Lelaki Australia

Taktik ‘Roket’ Dadah Terbongkar, Polis Temui 8.09 Gram Heroin Dalam Dubur Lelaki Australia

INDONESIA – Seorang lelaki warga Australia telah ditahan oleh Agensi Narkotik Kebangsaan Wilayah Bali (BNNP) kerana menyeludup 8.09 gram heroin.

Menurut Ketua BNNP Bali Brigedier Jeneral Gde Sugianyar Dwi Putra mendedahkan suspek menyembunyikan heroin dalam duburnya.

“Selepas pemeriksaan, ia ditemui dalam badannya. Dadah tersebut dimasukkan ke dalam kondom dan dimasukkan ke dalam duburnya,” kata Gde Sugianyar.

Dilaporkan penangkapan suspek dilakukan di Lapangan Terbang Ngurah Rai pada Selasa (6/9/2022) semasa suspek tiba dari penerbangan Ho Chi Minh – Denpasar.

Ketua Kastam dan Eksais Ngurah Rai, Mira Puspita Dewi menjelaskan kronologi syak wasangka pegawai terhadap suspek yang menyebabkan dia ditahan.

Pegawai melihat bahawa suspek berjalan terhuyung-hayang seolah-olah ada kesan dadah. Kemudian dia diminta untuk membuat pemeriksaan fizikal tetapi ditolak,” kata Mira.

Bgaimanapun, suspek akhirnya bersetuju untuk melakukan pemeriksaan fizikal, dan terdapat ketulan di bahagian duburnya.

Setelah dikeluarkan, ketulan itu merupakan bungkusan kondom yang mengandungi methamphetamine dan heroin.

Menurut suspek, dia telah menetap di Bali selama lebih setahun dan bekerja sebagai tenaga pengajar menyelam.

Suspek juga dikatakan telah terbang ke Vietnam tiga kali tahun ini dan didakwa membeli heroin.

Selain bukti heroin seberat 8.09 gram bersih, methamphetamine seberat 0.34 gram bersih, dan kondom, BNNP turut menemui penimbang yang digunakan suspek untuk menimbang heroin ketika hendak digunakan.

Peguamnya menyatakan bahawa  suspek telah menjadi penagih heroin selama 15 tahun.

“Dia telah menjadi penagih heroin selama 15 tahun dan mengambilnya setiap hari selama 15 tahun,” katanya.

Sumber : Suara.com

Baca: “Sekelip Mata Bisnes Boleh Lingkup,” Ini Realiti Peniaga Di KL Kena Hadam Bila Duit ‘Rolling’ Modal Tak Cukup

Anis Annisa