Siakap Keli
Gambar: Bernama

Gred Guru Besar & Guru Penolong Kanan Sekolah Rendah Naik Sehingga Ke Gred Maksimum DG54 – PM

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Yaakob mengumumkan bahawa Gred Guru Besar dan Guru Penolong Kanan di sekolah rendah akan ditingkatkan sehingga ke gred maksimum DG54 sekaligus akan memberi faedah secara langsung kepada 2,047 Pegawai Perkhidmatan Pendidikan di seluruh negara.

Beliau turut mengumumkan bahawa Guru Besar Gred DG48 (Khas Untuk Penyandang) juga tidak akan diturunkan sebagai Guru Penolong Kanan atau Guru Biasa di sekolah rendah apabila mereka dinaikkan pangkat ke Gred DG52 dan DG54 secara time based Berasaskan Kecemerlangan (TTBK).

“Pelaksanaan ini akan menaik taraf gred hakiki bagi jawatan Guru Besar dan Guru Penolong Kanan serta membolehkan mereka yang telah dinaikkan pangkat ke gred lebih tinggi, kekal di jawatan itu sehingga Gred DG54,” katanya.

Pegumuman itu dibuat ketika beliau berucap pada Perhimpunan Khas Perdana Menteri yang diadakan bersama dengan warga Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP), hari ini.

Media sebelum ini melaporkan situasi buntu yang dihadapi kira-kira 200 guru besar di Semenanjung Malaysia yang akan dinaikkan ke gred DG52 dalam tempoh dua tahun ini yang dikatakan akan diturunkan pangkat dengan kembali sebagai guru biasa di sekolah rendah.

Ismail Sabri turut berkata, isu Gred Guru Besar di sekolah rendah yang hanya dihadkan kepada Gred DG48 dan Penolong Kanana pada Gred 44 merupakan isu yang disampaikan kepadanya secara peribadi oleh NUTP.

Kementerian Pendidikan juga sedang mengkaji struktur perjawatan Guru Besar dan Guru Penolong Kanan Sekolah Rendah melalui cadangan Model Sekolah dengan penetapan gred fleksi sehingga DG54 untuk memastikan tempat pentadbir sekolah sentiasa terpelihara dan pada masa yang sama dapat mengekalkan keharmonian dalam kalangan warga sekolah.

Seterusnya,  Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) Gred DG48 juga akan mendapat peluang untuk dilantik sebagai Guru Penolong Kanan di sekolag rendah dan tidak lagi hanya terhad kepada Gred DG44 sahaja.

Manakala Guru Penolong Kanan yang telah dinaikkan pangkat kepada gred yang lebih tinggi juga akan kekal di jawatan iti sehingga Gred DG54.

Guru Cemerlang sekolag rendah juga mendapat berita gembira apabila laluan kerjaya mereka diperluaskan sehingga ke Gred DG52 dan DG54 memandangkan 90.68 peratus guru sekolah rendah telah pun berada di Gred Siswazah.

PM turut mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih di atas komitmen yang diberikan oleh guru-guru terutama ketika negara berdepan dengan situasi pandemik Covid-19 baru-baru ini dan memberi jaminan bahawa keluh-kesah para pegawai perkhidmatan pendidikan sentiasa dalam perhatian kerajaan.

“Ketahuilah, kerajaan amat menghargai pengorbanan semua guru…Sesungguhnya tanpa guru, saya juga tidak mungkin berada di sini, di hadapan warga NUTP sekalian hari ini. Syabas dan tahniah diucapkan!” katanya.

Sumber: BERNAMA

Baca: “Sekelip Mata Bisnes Boleh Lingkup,” Ini Realiti Peniaga Di KL Kena Hadam Bila Duit ‘Rolling’ Modal Tak Cukup

Faiz Mustafa