Siakap Keli
meninggal dunia Cabut Gigi
Gambar: Gemini AI

Wanita Meninggal Dunia, Alami Jangkitan Selepas Cabut Gigi Geraham

Wanita Meninggal Dunia, Alami Jangkitan Selepas Cabut Gigi Geraham

Seorang wanita berusia 31 tahun berasal dari Ngawi, Jawa Timur di Indonesia dilapor meninggal dunia akibat mengalami jangkitan selepas mencabut sebatang gigi gerahamnya atas nasihat doktor.

Menurut laporan Detik.com, susulan pemergian tidak diduga itu, suami mangsa telah meminta doktor tersebut untuk bertanggungjawab di atas kematian isterinya.

Bagaimanapun, doktor berkenaan menolak tuntutan tersebut selepas mendakwa operasi pembedahan mencabut gigi mangsa mengikut semua prosedur yang ditetapkan.

Wanita meninggal dunia, tak lama selepas cabut gigi geraham

Suami mangsa dilapor akan terus berjuang untuk mendapat keadilan di atas kejadian berkenaan. Malah dia juga bercadang untuk mengambil tindakan undang-undang ke atas doktor itu di atas faktor kecuaian.

“Saya tetap akan mencari keadilan bagi isteri saya. Dia (doktor) perlu tahu bagaimana perasaan saya kehilangan isteri.  Jadi saya akan bawa kes ini ke mahkamah,” tambahnya.

Keadaan mangsa semakin parah selepas pembedahan

Menurut laporan Detik.com sebelum ini, suami memaklumkan isterinya menjalani operasi pembedahan mencabut gigi geraham tersebut pada 28 Disember 2023.

Bagaimanapun, pembedahan tersebut menyebabkan isteri menanggung beberapa kesan sampingan. Antaranya mengalami gusi bengkak, keradangan dan keadaan semakin teruk apabila jangkitan mula melarat ke leher hingga ke paru-paru.

Sehubungan itu, mangsa kemudian terpaksa menjalani pembedahan torakotomi di salah sebuah hospital tempatan pada 30 Februari yang lepas.

Namun begitu, keadaan kesihatan isterinya terus merosot dan terpaksa ditahan di Unit Rawatan Rapi (ICU) untuk rawatan lanjut selain perlu bergantung dengan ventilator.

Doktor juga terpaksa menebuk leher mangsa supaya wanita itu dapat bernafas dengan lancar. Pada 27 April lepas, ajal kemudian datang menjemput mangsa.

BACA: “Terus Berjuang, Kami Bersama Anda”, Onana & Garnacho Titip Mesej Kepada Faisal Halim

Sumber: Detik.com

Athirah

When nothing goes right, go left.